Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Dia Yang Buat, Aku Yang Rasa Malu..” Aksi Hebat Pekerja Ini Spoil Saja Gara-Gara..

“Dia Yang Buat, Aku Yang Rasa Malu..” Aksi Hebat Pekerja Ini Spoil Saja Gara-Gara..

Kategori:
PEKERJA

Sebagai pelanggan, bila kita ke sebuah restoran, mestilah kita mahukan yang terbaik. Bukan sahaja pada makanan, malah dekorasi dan layanan pekerja haruslah berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.

Untuk memuaskan dan menarik minat pelanggan, pelbagai gimmick yang para peniaga kenakan. Ada yang biasa-biasa sahaja, ada yang lebih hebat berbanding yang lain.

Jika dilihat sekarang, makin banyak restoran yang akan membakar atau memasak secara table side. Konsep ini dipopularkan oleh restoran masakan Korea seperti Kyochon dan K-Fry dan diguna pakai oleh yang lain. Selalunya, makanan yang dipesan akan dihidang oleh pekerja yang akan membakar bahan lain untuk pelanggan, antaranya adalah keju.

Kesian Brader Ini..

Di laman TikTok, keseronokkan pelanggan terpadam setelah aksi pekerja ini sia-sia sahaja apabila keju yang dibakar penuh kepakaran dan gaya telah jatuh ke tanah. nazjamuratumalaya yang memuat turun video itu berasa kagum dengan apa yang dipersembahkan oleh pekerja itu, malah pejalan kaki yang lain juga memerhatikannya.

Namun, setelah meletakkan keju cair tersebut, ia tiba-tiba terjatuh kerana diletakkan di hujung meja makan.

@nazjamuratumalaya Kesian brader ni.. kena repeat lagi 😫😫 .. #fyp #riadahputrajaya #chickenroyale #foryoupage ♬ What is this trend follow joey now – Green Line

“Sedih Pulak..”

Perkara malang itu jelas bukan sahaja boleh menyebabkan pekerja itu berasa malu, malah warganet turut tidak dapat menahan kesedihan apabila keju itu terjatuh. Macam sia-sia sahaja abang itu bakar oenuh kesungguhan.

PEKERJA PEKERJA PEKERJA

Cubaan Kali Kedua Lebih Berjaya.

Tampil dengan cubaan kedua, pekerja itu sekali lagi mengulangi aksi membakar keju itu sehingga cair. Kelihatan berhasil, ia berjaya dihidang buat pelanggannya. Memang hebat hasilnya!

@nazjamuratumalaya Alhamdulillah.. u did it.. #fyp #foryoupage #chickenroyale ♬ suara asli – πŸ„½πŸ„°πŸ„ΉπŸ…†πŸ„°πŸ…πŸ„ΈπŸ…‚πŸ„²πŸ„°

Biasa lah tu, bila berkerja tak semuanya akan sempurna. Jadi jangan lah kecam, yang penting abang itu bangkit semula dan cuba balik. Cantik elok sahaja keju itu. Ambil pengajaran; bila kali pertama tak menjadi, kita cuba balik kali kedua.

Kredit: TikTok nazjamuratumalaya

Baca Juga: Rupa Ikan Yang Seram & Menyerupai Wajah Manusia Buat Lelaki Ini Buntu, Warganet Larang Makan.

 

 

tags: | | |