Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Your Rumah Will Bau So Busuk..”, Aksi Kelakar Lobster, Tak Sempat Nak Masak Tapi Dia Dah Buat Hal. Tiba-Tiba Je…

“Your Rumah Will Bau So Busuk..”, Aksi Kelakar Lobster, Tak Sempat Nak Masak Tapi Dia Dah Buat Hal. Tiba-Tiba Je…

Kategori:
aksi kelakar lobster

Makanan laut seperti lobster, ketam, siput merupakan haiwan yang sangat degil dan mencuba pelbagai cara untuk selamatkan diri. Jika kita membelinya yang masih dalam keadaan bernyawa pastinya mereka akan merayap jika tidak terus memasaknya.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Sa Hailysa di mana dia tidak sempat untuk memasak apa-apa lagi. Namun udang galahnya sudah merayap dan lari menyelamatkan diri.

Lobster, lobster buat hal kamu ya..

Bukan masak apa tak jadi, memang betul-betul rak jadi. Tengoklah, belum sempat kita nak masak apa semua dah lari selamatkan diri. Lobster, lobster buat hal kamu ya. Bikin kepala ku pineng. 

lobster

Melihat situasi itu, ramai yang menganggap ianya kelakar. Mana tidaknya sempat lagi udang galah berkenaan  merayap sebelum dimasak. Pelbagai komen dari warganet, ada yang meminta agar wanita ini memeriksa di bawah sofa.

Bukan itu sahaja ada juga yang bimbang sekiranya udang ini mati merata tempat dan menyebabkan rumah berbau busuk. Tambah warganet lagi, udang ini memang akan aktif pada waktu malam.

Check bawah sofa..

Takut..

Memang aktif waktu malam..

Jadi buat korang yang nak masak udang, ketam atau pun siput, janganlah dibiarkan haiwan saat ianya masih hidup. Lebih-lebih lagi jika dibiarkan pada waktu malam. Tak pasal-pasal merayap satu rumah dan hilang.

Kredit: Sa Hailysa Via MATJHN

Baca juga: Penat Berperang Dengan Ketam, Individu Ini Minta ‘Bantuan’ Dari Warganet. Ini Pula ‘Strategi’ Mereka Untuk Menang.

tags: |