Menceburi kerja penghantar makanan ataupun rider bukanlah hal yang mudah dan senang. Pelbagai rintangan perlu dihadapi. Jika melihat rider makanan di Malaysia, sememangnya pelbagai bakat dan jasa daripada rider kepada masyarakat.
Bayangkan, rider yang jadi penyelamat orang kena ragut, menjaga lalu lintas jalan raya, jaga trafik semasa kemalangan berlaku, tolong anak pelanggan yang tersepit kepala, apa je rider tak boleh buat kan?
Baru-baru ini, sebuah video tular di laman TikTok apabila menunjukkan seorang rider sanggup berenang untuk menghantar makanan kepada pelanggan. Video itu sememangnya video yang dibuat-buat berunsurkan lawak, tetapi niatnya adalah untuk memberitahu bahawa tugas rider bukanlah senang seperti di mata beberapa orang.
Menerusi video itu, kelihatan seorang rider sanggup berenang untuk menghantar makanan kepada pelanggan. Selepas penghantaran selesai dilakukan, rider terbabit menunjukkann aksi renang pula menunjukkan kegigihan seorang rider menyelesaikan tugasan harian.
“Macam ni la nasib rider. Customer mandi sungai pun kami hantar. Fare kasi up sikit lah nak hidup,” kata pemilik video dalam hantaran aksi rider tersebut.
@ariez_adli sampai mcm ni kerja 😂 Fare ciput 🥹 #fyp #rwyfb #foodpanda #usaha
♬ DJ Cari Uang Harus Banting Tulang Selow Nyantuy – Yudha Paramata
@ariez_adli sampai mcm ni kerja 😂 Fare ciput 🥹 #fyp #rwyfb #foodpanda #usaha ♬ DJ Cari Uang Harus Banting Tulang Selow Nyantuy – Yudha Paramata
Melihat ruangan komen, netizen dan orang ramai terhibur dengan aksi rider berkenaan. Pelbagai komen diberi menyambut video lawak itu dengan pandangan masing-masing.
Misalnya, seorang netizen bernama lela_aisy memberi komen tentang keberadaan rider tersebut.
“Agak agak dah sampai mana lah abang tu berenang sekarang,” katanya memberi komen berunsur jenaka.
Selain itu, netizen lain bernama Syafiq Ahmad juga bersetuju dengan pemilik video tersebut untuk menaikkan upah rider.
“Patut naikkan fare rider,” katanya. Dan ia disambut dengan kenyataan daripa pemilik video itu juga.
“Kan, ingat kerja rider boleh kaya raya kot. Naikkann sikit untuk teruskan kehidupan je,” jelasnya lagi.
Video yang dikongsi tersebut boleh diambil sudut pandang dalam 2 perspektif. Selain video yang ditunjukkan mangandungi unsur jenaka dan lawak, kita juga perlu memahami keperihan orang lain melakukan kerja dan menyebarkan kebaikan kan?
Mungkin dalam keadaan yang memberi tekanan, kita perlu hal yang melucukan untuk hiburkan hati.
Sumber: Ariez Adli
Baca juga: “Hidupkan Sunnah Yang Makin Tergadai..”, Lelaki Ini Kongsi Kisah Kagum Masa Ziarah Saudara Meninggal