Usahawan yang dikenali dengan jualan produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri mendapat perhatian ramai apabila membuat jualan dengan menjual durian berharga RM8 sekilogram.
Merujuk hantaran @klfoodie di laman Instagram, mereka menyatakan usahawan berusia 37 tahun itu mengadakan jualan durian pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 12 tengah hari di kawasan pejabatnya.
Bukan setakat itu, difahamkan durian premium seperti Musang King juga boleh didapati dengan hanya RM28 sekilogram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap usahawan tersebut yang disifatkan sebagai pemurah walaupun sering terpalit dengan isu kontroversi.
Untuk info, perkongsian @klfoodie berkenaan Aliff Syukri menjual durian berharga RM8 ini telah mendapat sehingga RM15 ribu lebih tanda suka dengan pelbagai komen yang memuji penjualan ini.
Sumber: KL Foodie
Baca juga: Pasar Raya LuLu Jual Coklat & Manisan Unik Seperti Di Mekah, Boleh Dapatkan Dengan Harga Murah