Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nyawa Takde Jual Bang..”, Almari Besi Asrama Jadi Tempat BBQ, Ramai Nasihat Berhenti Gunakannya

“Nyawa Takde Jual Bang..”, Almari Besi Asrama Jadi Tempat BBQ, Ramai Nasihat Berhenti Gunakannya

Kategori:
almari besi asrama

Semakin lama, orang ramai semakin kreatif dan berani mencuba pelbagai resepi dan penyediaan baharu untuk memasak. Jika di lihat rakyat di negara lain, mereka sentiasa berfikir di luar kotak dan melakukan eksperimen ketika memasak. Hasilnya sangat mengagumkan.

Namun bila sedang menguji kaedah dan peralatan baharu untuk penyediaan makanan, ada segelintir yang tidak sesuai kerana akan mendatangkan risiko yang tinggi pada kesihatan si pemakan.

Guna Almari Besi Asrama Sebagai Smoker Untuk BBQ

Berfikir di luar kotak dan kreatif, seorang lelaki cuba menggunakan cara baharu untuk memasak daging dan ayam bakar tanpa menggunakan Smoker. Memandangkan harga sebuah Smoker boleh mencecah ribuan ringgit, dia lebih suka memilih untuk membinanya sendiri.

Setelah mencari yang sesuai, akhirnya dia mendapat ilham untuk menggunakan sebuah almari besi asrama dan diubahnya menjadi sebuah Smoker kecil untuk membakar daging. almari besi asrama

Mengalihkan rak besi yang ada dan menggantikannya dengan net bbq, hasilnya sangat hebat. Tak sangka pula almari besi asrama juga boleh dijadikan sebuah smoker, kan? almari besi asrama

Bila diperiksa di dalam, nampaknya daging-daging yang sedang disalai juga sedang dimasak elok.

@fanfun._

Almari asrama bbq grill

♬ Like A Boss – NOES

@fanfun._Almari asrama bbq grill♬ Like A Boss – NOES

Tapi bila menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai tidak bersetuju dengan penggunaan almari tersebut untuk menyalai daging.

Menurut mereka, ia sangat bahaya kerana almari besi itu tidak sesuai dan boleh menyebabkan reaksi kimia dan gas merbahaya. Ia boleh menjejaskan kesihatan si pemakan.

“Bahaya Ni..” almari besi asrama

Jika mahu befikir di luar kotak itu tidak salah, ia sangatlah digalakkan. Tapi sebelum itu, seharusnya kita selidik dahulu tentang bahayanya. Janganlah demi eksperimen atau makanan, kita sanggup meletakkan kesihatan diri dan orang lain dalam bahaya.

Kredit: fanfun._

Baca Juga: Hampir 2 Jam Masak Kerang Tapi Kulit Masih Tak Terbuka, Wanita Ini Rasa Macam Nak Nangis

 

 

tags: | |