Siapa saja yang tak suka tengok dapur yang bersih, kan? Dapur yang kemas, mesti buatkan diri rasa lebih bersemangat untuk memasak. Kalau dapur bersepah dan kotor pula boleh buatkan kita rasa berserabut. Nak pergi ke dapur pun tak nak!
Jangan biarkan dapur anda kekal kotor. Bukan saja tak sedap dipandang, malah dapur yang kotor boleh mengundang pelbagai haiwan perosak. Jadi, pastikan dapur anda kekal bersih. Tak susah pun, cuma perlu amalkan tiga tips yang dikongsikan oleh Nurfatin Nabilah untuk dapur sentiasa bersih!
Jadikan satu amalan membersihkan ruang memasak selepas memasak. Ini penting bagi mengelakkan jangkitan bakteria dan kulat di bahagian tersebut. Lagipun, jika kekotoran dibiarkan lama, ia akan menjadi sukar untuk dibersihkan kerana telah keras.
(Sumber: Suhailah Ramli)
Tips: Sambil memasak, anda boleh juga ambil masa untuk mengelap mana-mana permukaan dapur.
Dapur yang lembap dan basah sememangnya menjadi salah satu punca perkembangan bakteria. Jadi, anda boleh cuba menggunakan alas lantai dan meja yang bersesuaian.
Susun barang kering dan basah di ruangan yang berbeza dan mengikut kategori. Ini bukan saja memudahkan proses pencarian barang tetapi juga mewujudkan elemen kekemasan.
Aktiviti menggoreng dan memasak boleh menyebabkan minyak terpecik ke bahagian dinding, lantai, pintu kabinet dan sebagainya. Jadi, anda juga perlu pastikan ruangan ini disapu dan dilap sentiasa.
(Sumber: Suhailah Ramli)
Tips: Jika anda rasa mengemas itu satu kerja melecehkan, anda boleh cuba memasak menggunakan pes. Ia bukan saja membantu menjimatkan masa memasak, malah dapur juga akan sentiasa bersih. Boleh guna pes dari Aida’s Kitchen kerana terdapat 39 jenis pes untuk memasak.
Tips kali ini nampak ringkas dan mudah. Jadi walaupun anda sibuk, anda boleh amalkan tiga tips ini untuk ruang dapur sentiasa bersih. Tak susah pun, kan? Kalau nak bersih kena rajin sikit sahaja.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Nurfatin Nabilah via GeNg SuKa mAsaK & MaKan SEdAp (SuKmA)
Baca Juga: Semut Banyak Dalam Rumah? Boleh Guna 5 Bahan Dapur Ini Untuk Menghalaunya Dengan Mudah