Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Amalkan Diet GM Sampai Turun 6KG, Wanita Ini Kongsi Tips Diet Yang Menjadi Dalam Masa 7 Hari Sahaja!

Amalkan Diet GM Sampai Turun 6KG, Wanita Ini Kongsi Tips Diet Yang Menjadi Dalam Masa 7 Hari Sahaja!

Kategori: ,,

Diet GM atau General Motor merupakan program kurus selama 7 hari yang membataskan pelbagai jenis makanan setiap hari. Program ini sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa rasa lapar. Diet ini bekerja sebagai pemberi nutrisi yang sederhana untuk membakar kalori di dalam tubuh.

Menerusi perkongsian seorang pengamal diet GM ini, ramai yang bertanya tentang cara dia menurunkan berat sehingga 6kg. Dia telah berkongsi tentang resepi diet selama 7 hari berturutan. Disarankan selama program diet ini berlangsung, haruslah minum air kosong minimum 8 hingga 12 gelas setiap hari.

Amalkan Diet GM Sampai Turun 6KG, Wanita Ini Kongsi Tips Diet Yang Menjadi Dalam Masa 7 Hari Sahaja!

diet GM

Hari 1:

Semua buah kecuali pisang. Pada hari pertama disarankan hanya makan buah-buahan sahaja. Buah tembikai juga digalakkan untuk makan dengan lebih kerap sehingga kenyang.

diet GM

diet GM

Hari 2:

Sayur-sayuran. Hari kedua hanya dibolehkan untuk makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayuran mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang. Sarapan dengan kentang rebus juga sangat digalakkan. Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.

diet GM

Hari 3:

Sayuran kecuali kentang dan juga buah-buahan kecuali pisang. Anda boleh mencampurkan menu sayur dan buah. Tiada had jumlah yang perlu dimakan. Anda boleh makan sehingga kenyang dengan minum 8 gelas air kosong.

diet GM

Hari 4:

Pada hari keempat, anda perlu makan 8 biji pisang dan 3 hingga 4 gelas susu rendah lemak. Ini sahaj yang perlu dimakan pada hari keempat, tidak boleh makan makanan lain. Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya. Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.

diet GM

Hari 5:

Makanan dari sumber protein seperti ikan dan juga 6 biji tomato. Pada hari kelima, anda boleh makan sebanyak 560 gram protein dimakan bersama 6 biji tomato. Daging hamburger atau Meatball dibolehkan. Anda harus meningkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan. Nota tambahan, bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe. Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.

diet GM

Hari 6:

Pada hari keenam, anda dibolehkan untuk makan protein dan sayur-sayuran kecuali kentang. Tiada had jumlah untuk makan. Boleh dimakan sehingga kenyang.

diet GM

Hari 7:

Pada hari terakhir, anda boleh kembali makan seperti biasa. Mulakan dengan 1 mangkuk nasi beras perang, dimakan bersama sayur serta jus buah-buahan.

Selesai dengan program 7 hari diet general motor, anda boleh mulakan diet cara lain seperti suku suku separuh, atkins fasa 4, intermitten fasting untuk mengekalkan berat badan.

Sumber: mied majid 

Baca juga: “Coffee Yang Tolong Aku, Turun 30KG!” – Lelaki Ini Kongsikan Resepi Mudah Kopi Diet Yang Rendah Kalori & Low Budget!

tags: | | |