Zaman sekarang, siapa saja yang tak nak kulit yang cantik, kan? Rata-rata ramai mencari solusi untuk kulit kelihatan flawless. Namun begitu, tahukah anda terdapat beberapa rempah untuk kecantikan kulit?
Sebelum adanya pelbagai produk kecantikan di pasaran, orang dahulu mengamalkan pemakanan yang sihat dan penggunaan rempah untuk menjaga kecantikan kulit mereka.
Malah, masih terdapat masyarakat di negara luar yang masih mengamalkan penggunaan rempah untuk menjaga kecantikan kulit mereka, seperti India.
Bukan sekadar menambahkan rasa, rempah juga mengandungi pelbagai kebaikan yang boleh menjaga kulit anda. Ini kerana rempah kaya dengan antioksida yang boleh membantu kulit anda untuk tampil cantik dan sihat.
Menurut kajian, kayu manis dapat membantu peredaran darah dalam tubuh badan. Ini dapat memastikan kulit anda tampil berseri-seri.
Anda boleh menikmati secawan teh atau kopi dan meletakkan sedikit serbuk kayu manis untuk menikmati kebaikan rempah ini secara harian.
Mengandungi vitamin dan mineral yang penting, paprika dapat bantu menyerap radikal bebas dari tubuh. Oleh itu, ia dapat melambatkan proses penuaan.
Selain itu, oleh kerana sifatnya yang antibakteria dan anti-inflamasi, ianya dapat melawan jerawat. Kandungan beta carotene pada paprika juga dapat membantu kulit yang telah rosak kerana sinaran matahari.
Jintan manis dapat kurangkan iritasi kepada kulit seperti ruam. Jintan dapat meningkatkan pemulihan dan regenerasi sel.
Letakkan sedikit jintan manis di dalam makanan, teh, atau susu anda. Ini akan melegakan kulit anda yang mengalami iritasi.
Jintan putih merupakan rahsia untuk mengelakkan tanda penuaan. Ianya tinggi dengan nutrein seperti vitamin E yang dapat membekalkan antioksida yang melindungi kulit dari radikal bebas.
Anda boleh merendam biji jintan putih semalam di dalam secawan air dan menikmatinya sebelum tidur.
Selain dari mengurangkan iritasi dan inflamasi pada kulit, buah pala dapat memberikan hidrasi dan bantu kulit anda tampil awet muda.
Bila anda ingin membakar kek, boleh lah letakkan secubit serbuk buah pala untuk mendapatkan kebaikannya. Selain itu, anda juga boleh letakkan sedikit
Kebanyakkan orang dahulu mengamalkan halia untuk kulit yang sihat dan cantik. Ini kerana ia dapat bantu kulit anda tampil lebih sekata, atasi jerawat dan kurangkan tanda penuaan. Halia tinggi dengan antioksida dan anti inflamasi.
Nikmati secawan teh halia secara harian untuk kulit yang sihat.
Kalau anda nak kulit yang sihat, amalkan rempah yang tersenarai. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk share pada kawan-kawan.
Kredit: Style Vanity
Baca Juga: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Yang Simple Tapi Rasa Dia Sangat Umphh! Confirm Licin Nasi Seperiuk