Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Peritnya Bila Sakit Tekak! Jangan Biarkan, Amalkan Sahaja 3 Bahan Ini Untuk Redakan.

Peritnya Bila Sakit Tekak! Jangan Biarkan, Amalkan Sahaja 3 Bahan Ini Untuk Redakan.

Kategori: ,
sakit tekak

Gejala sakit tekak merupakan gejala yang biasa dihadapi semua orang, tak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Sakit tekak ini boleh merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan atau kegatalan pada tekak anda.

Sakit tekak boleh disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu terutama panas dan kemudian duduk dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin. Selain itu, jangkitan virus juga menjadi penyumbang utama pada sakit tekak. Contoh virus yang boleh menyebabkan sakit tekak termasuklah virus selsema, croup dan mononucieosis.

Walaupun sakit tekak boleh reda dengan sendiri, tapi ianya boleh menyebabkan ketidakselesaan sepangjang hari. Jadi, untuk atasi masalah ini, ada 3 petua yang anda boleh cuba dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur sahaja. Jom baca petua yang dikongsikan oleh Petua Herba Channel di Facebook!

3 Bahan Untuk Redakan Sakit Tekak

1. Daun pudina

Ambil segenggam daun pudina, didih bersama secawan air. Kemudian, tapis dan tambah satu sudu madu. Minum dua hingga tiga kali sehari.

Daun pudina mempunyai kandungan antibakteria, jadi virus yang membiak pada bahagian tonsil dapat dihapuskan.

sakit tekak

2. Kulit kayu manis

Campurkan satu sudu kulit kayu manis dan dua sudu madu ke dalam secawan air panas. Amalkan pengambilan dua hingga tiga kali sehari selama seminggu untuk mendapatkan kesan yang efektif.

Tahukah anda bahawa kulit kayu manis memiliki agen anti mikrob yang dapat menjadi penawar kepada tonsil, ia mempunyai keupayaa untuk menghalang pembiakan bakteria pada tonsil dan mengurangkan bengkak.

sakit tekak

3. Kunyit

Ambil satu sudu kunyit serbuk dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Amalkan dua kali sehari untuk mendapat kelegaan dengan cepat.

Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang pada jangkitan. Bengkak akan berkurangan dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imuniasai tubuh anda.

sakit tekak

Tiga bahan dari dapur ini dapat sedikit sebanyak redakan sakit tekak itu. Yang penting anda kena konsisten amalkan. Kalau rasa memang tak boleh tahan sangat, cepat-cepat ambil ubat. Tapi apa salahnya kita cuba petua semula jadi dahulu, kan?

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Kredit: Petua Herba Channel

Baca Juga: Patut La Orang Dahulu Selalu Amalkan Daun Ini. Ini Dia 5 Petua Yang Anda Boleh Cuba Sendiri!

tags: