Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Import Lauk Dari Rusia Kot..”, Ambil Lauk Tak Tengok Harga, Wanita Ini Terkejut Bila Tengok Jumlah Yang Perlu Dibayar

“Import Lauk Dari Rusia Kot..”, Ambil Lauk Tak Tengok Harga, Wanita Ini Terkejut Bila Tengok Jumlah Yang Perlu Dibayar

Kategori:
AMBIL LAUK TAK TENGOK HARGA

Peningkatan harga barangan dapur telah menjejaskan semua lapisan masyarakat. Terpaksa menanggung pelbagai kos, pengusaha restoran juga tersempit dan akhirnya perlu menaikkan harga makanan yang dijual. Walaupun hal itu tidak menggembirakan pelanggan tetap, segelintir peniaga akan memaklumkan kenaikan harga makanan terlebih dahulu bagi mengelakkan pelanggan berasa tertipu.

Namun begitu, ada sesetengah pelanggan yang terlalu seronok memilih hidangan untuk dimakan tanpa menghiraukan harga makanan. Akhir sekali bila hendak membayar, mereka berasa terkejut bila melihat harga yang perlu dibayar. Hal seperti itu terjadi pada seorang wanita ini baru-baru ini.

Ambil Lauk Tak Tengok Harga, Wanita Ini Terkejut Bila Tengok Jumlah Yang Perlu Dibayar

Seronok memilih aneka lauk yang disediakan di sebuah kedai makan yang dikunjungi, akhir sekali wanita ini berasa terkejut melihat jumlah yang perlu dibayar olehnya. AMBIL LAUK TAK TENGOK HARGA

Dirahsiakan lokasi restoran tersebut, wanita itu telah ke sana untuk membeli beberapa bungkus nasi putih dan lauk-pauk untuk dimakan nanti. Namun setelah dipilih lauk dan ke kaunter untuk dibayar makanannya, dia berasa terkejut melihat harga keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM3237.75 ringgit. Tidak membaca harga, wanita itu berasakan inilah padahnya bila tidak berhati-hati. AMBIL LAUK TAK TENGOK HARGA

@pwecreativerenovator

ambik xtengok harga lagi😅

♬ Oh No – Kreepa

@missl_yuvnaambik xtengok harga lagi😅

♬ Oh No – Kreepa

 

Menjengah di ruangan komen yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai juga berasa terkejut bila melihat harga kayangan yang telah dikenakan pada wanita itu. Malah ada juga yang membuat andaian bahawa restoran tersebut menggunakan barangan yang telah diimport oleh negara lain, sebab itulah mahal.

Dia Guna Barang Import Tu.. AMBIL LAUK TAK TENGOK HARGA AMBIL LAUK TAK TENGOK HARGA

Harga yang dikenakan benar-benar kayangan. Mana mungkin lauk-lauk itu boleh mencecah sehingga RM3237.75 ringgit! Mungkin video yang dikongsikan cumalah sekadar prank untuk hiburkan penonton.

Kredit: TikTok missl_yuvna

Baca Juga: Sotong Frozen Diboikot Kerana Didakwa Mempunyai Daging Babi, Peniaga Ini Hadapi Kerugian

tags: | |