Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Berkat Usaha Amir Raja Lawak Dapat Buka Restoran AP Fried Chicken, Ramai Kagum Dengan Kegigihannya

Berkat Usaha Amir Raja Lawak Dapat Buka Restoran AP Fried Chicken, Ramai Kagum Dengan Kegigihannya

Kategori: ,
Amir Raja Lawak

Jika menyebut tentang sosok Amir Raja Lawak, pasti Air Jagung Amerika lah yang kita akan ingat-ingat.

Kegigihan dia untuk berniaga mendapat perhatian ramai. Kini, berkat usaha yang tidak pernah putus, dia berjaya membuka francais AP Fried Chicken di Medan Selera Stadium Kota Bharu, Kelantan.

Berkat Usaha Amir Raja Lawak Dapat Buka Restoran AP Fried Chicken, Ramai Kagum Dengan Kegigihannya

Amir Raja Lawak

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Azmi di laman Facebooknya, dia menawarkan pelbagai produk promosi termasuklah Air Jagung Amerekka pada hari pembukaan – Isnin lalu.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat ramai pelanggan beratur sehingga luar restoran demi menyokong perniagaan baharu yang diusahakan oleh pelawak tersebut.

Kedai Di Stadium Medan Usahawan, Kota Bharu Kelantan

Amir Raja Lawak

“Assalamualaikum, dengan keberkatan penghulu segala hari, saya nak beritahu yang mana saya akan buka kedai di medan selera stadium Kota Bharu, Kelantan. Lot kedai yang dekat tangga menghadap Hotel Perdana.

“Bisnes kali ini saya akan jual ayam goreng, francais dari AP Fried Chicken, insyaAllah ada juga fries, burger, nasi dan lain-lain.

“Mudah-mudahan diberkati Allah, dipermudahkan segala urusan kami dan kita semua. Aamiin,” kata Amir.

Buat Amir Raja Lawak dan peniaga-peniaga tabah serta gigih di luar sana, semoga segala urusan dipermudahkan buat semua. Maju terus!

Sumber: Facebook Amir Raja Lawak

Baca juga: IShowSpeed Panggil Teh Tarik Singapore Semasa Jelajah Asia, Cetus Debat Antara Rakyat Singapura & Malaysia

tags: