Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Beraninya Dia..” Anak Kecil Ini Selamba Pegang & Main Dengan Belut Buat Makciknya Menjerit Ketakutan

“Beraninya Dia..” Anak Kecil Ini Selamba Pegang & Main Dengan Belut Buat Makciknya Menjerit Ketakutan

Kategori:
adik lelaki selamba pegang belut

Belut merupakan haiwan spesis ikan yang berbentuk panjang seperti ular. Haiwan ini boleh dimakan dan rasanya juga sangat enak. Malah haiwan ini juga sangat baik untuk kesihatan dan membantu melegakan penyakit yang berkaitan dengan kulit.

Walaupun begitu, ramai dalam kalangan kita yang berasa takut terhadap haiwan ini. Mungkin disebabkan bentuk tubuhnya yang seperti ular dan licin. Oleh kerana itu, ramai dalam kalangan kita lebih-lebih lagi golongan emak-emak yang takut dan tidak sanggup memegang belut.

Anak Kecil Ini Selamba Pegang & Main Dengan Belut Buat Makciknya Menjerit Ketakutan

Namun lain pula yang kejadian yang dikongsikan oleh chirel23 menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan seorang anak kecil yang berani memegang belut. Tidak kelihatan takut sedikit pun malah sempat membawanya ke dapur untuk menunjukkan kepada makciknya.

Mungkin dek kerana terkejut akan belut tersebut, makcinya yang pada ketika itu sedang berada di dapur menjerit ketakutan setelah melihat anak lelaki ini menunjukkan belut kepadanya. Adik lelaki ini kelihatan baru berusia sekitar dua hingga tiga tahun namun sudah berani memegang haiwan yang menakutkan itu.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan anak lelaki tersebut tidak takut sedikit pun malah dia kelihatan kelu dan pelik setelah makciknya menjerit ketakutan sambil memanggil suaminya kerana takut akan belut berkenaan.

Walaubagaimanpun, adik lelaki ini kelihatan tetap gembira memegang dua ekor belut sambil memerhatikan dari mata ke mata.

@_chire23🤣♬ bunyi asal – chirel23 🦟

Sakit perut aku gelak..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang dtinggalkan oleh warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang sakit perut kerana tidak dapat menahan ketawa apabila melihat Makciknya yang menjerit. Sempat juga mendoakan urusan Makcik adik ini dipermudahkan.

“Sakit perut aku gelak, semoga urusan makcik tu dipermudahkan”, tulis FIQ di ruangan komen.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, ” aku yang pegang ko yang takut apa hal” setelah melihat gelagat makciknya yang menjerit ketakutan.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan adik lelaki ini comel. ” Comel la ko dik”, komen pemilik akaun TikTok bernama eilachubby.

 

SubhanaAllah, tidak terungkap perasaan setelah melihat adik ini selamba memegang dan main dengan belut berkenaan. Agak mustahil bagi seorang kanak-kanak, mungkin juga adik ini sudah diasuh untuk menjadi seorang yang berani oleh ibu bapanya.

Oh ya, belut ini mempunyai seribu satu khasiat tau. Antara khasiatnya adalah dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menegangkan serta menghaluskan kulit. Belut juga dapat normalkan tekanan darah, bantu kuatkan daya ingatan dan bagus untuk penyakit asma serta mempercepatkan proses penyembuahan luka.

Sumber: TikTok chire23

Baca juga: “Rare Kau Dik..”, Dilihat Selamba Makan Cadburry Bersama Masak Lemak Cili Api, Adik Ini Buat Ramai Pelik

 

tags: | | |