Keadaan ekonomi yang masih lagi tidak stabil mengajar ramai berusaha untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Tak mengira waktu atau cuaca, ada segelintir dari kita yang memilih untuk melakukan perniagaan kecil bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.
Walaupun begitu, mereka yang telah berkeluarga terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga di rumah semata-mata untuk mencari rezeki. Ada juga yang terpaksa membawa anak-anak bersama untuk meniaga meskipun mereka masih lagi kecil. Hal tersebut sangat menyayat hati dan telah dikongsikan oleh seorang lelaki di laman TikTok.
Menerusi akaun suparjoe146, lelaki itu berkongsi keadaan anaknya yang masih lagi kecil dan kesejukkan ketika menemaninya menjual ais krim di sebuah medan selera.
Walaupun keadaan hujan lebat dan cuaca tidak begitu mengizinkan, lelaki itu masih lagi terpaksa meniaga demi mencari rezeki. Tambahnya, anaknya bertegas untuk menemaninya meniaga walaupun sudah lewat.
Hujan tanpa henti dan angin yang kencang juga menyebabkan anaknya berasa sejuk dan menggigil seluruh badan. Selang beberapa jam, anaknya didapati tidur di sebuah kerusi sambil menanti ayahnya selesai meniaga.
@joeazmi146 Syukur selalu🤲🏻🤲🏻
@suparjoe146Syukur selalu🤲🏻🤲🏻
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa sebak melihat keadaan adik itu yang masih lagi kecil tapi tetap sanggup menemani ayahnya mencari rezeki buat seluruh keluarga.
Tabahnya adik itu. Walaupun hari sudah malam dan cuaca yang tidak begitu baik, dia tetap sahaja temani ayahnya untuk berniaga. Semoga cuaca juga kembali baik supaya peniaga kecil di luar sana dapat mencari rezeki dengan lebih mudah.
Kredit: TikTok suparjoe146
Baca Juga: Jumpa Lalat Dalam Nugget Frozen, Wanita Ini Terus Kembang Tekak Kerana Dah Termakan