Ayam goreng KFC merupakan ayam yang sangat sedap. Pasti ramai yang telah mencuba ayam goreng ini sendiri kan. Namun pasti ada yang membuatnya namun tak pernah menjadi atau sebiji dengan KFC punya. Seperti mana yang berlaku kepada wanita ini di mana dia telah membuat ayam goreng KFC untuk makan malam.
Namun ayam goreng yang dibuat oleh Tiey Qaseh ini tidak menjadi elok dan dikomen oleh anaknya. Menurut anaknya, ayam berkenaan nampak seperti cengkodok pisang dan jauh beza dengan ayam goreng KFC sebenar.
Tambah anaknya lagi bahawa ayam goreng di pasar malam lebih cantik dari apa yang ibunya ini buat. Namun tambah ibunya lagi tak mengapa janji rasanya sedap.
Buat ayam goreng KFC untuk makan malam nanti. Anak kata jauh beza dengan ayam goreng KFC yang ori. Nampak macam cekodok pisang. Ayam goreng KFC kat pasar malam lagi cantik dari yang ini. Janji rasa sedap nak oi. Ibu masak dari hati turun ke tangan ni. Kan ringan tangan ibu cubit mulut tu.
Postingan yang telah mendapat 1.1K like ini mendapat komen yang agak kelakar dari warganet. Ada yang kata anak-anak memang tak pandai menipu. Namun ada juga yang menyangkakan itu adalah pisang goreng.
Tak kurang juga ada yang memberi pendapat kritikan tersebut akan buat kita belajar dan terus belajar untuk memperbaiki kemahiran kita.
Walau rupa ayam jauh beza namun anak wanita ini tetap menghabiskannya. Begitulah anak-anak, walaupun mulut cakap tak sedap tapi habis juga dimakannya.
Kadangkala makanan yang bagi kita tak sedap pun dimakan habis oleh mereka. Selera anak-anak ini memang lain macam sedikit kan. Jadi selagi kita masih ada kudrat, sediakan lah makanan yang terbaik untuk anak-anak. Dan kita sebagai anak ini hargailah ibu-ibu kita yang bersusah payah memasak untuk kita ini.
Kredit: Tiey Qaseh Via MATJHN
Baca juga: Wanita Makan Ayam Goreng MCD 3x Spicy Sampai Tercirit Akhirnya Olah Ayam Kepada Masakan Lain