Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Akibat Anak Hari-Hari Minta Nak ‘Fast Food’, Lelaki Ini Terpaksa ‘Tipu’ Masak Sendiri & Letak Dalam Pek & Kotak Makanan! Terus Berselera Walaupun Beliau Tertipu

Akibat Anak Hari-Hari Minta Nak ‘Fast Food’, Lelaki Ini Terpaksa ‘Tipu’ Masak Sendiri & Letak Dalam Pek & Kotak Makanan! Terus Berselera Walaupun Beliau Tertipu

Kategori:

Anak-anak pada usia yang di dalam 4 tahun hingga ke sekolah rendah agak cenderung untuk selalu ketagih memakan makanan fast food. Kerana, nikmat yang tidak boleh diberitahu kerana mereka baru sahaja kenal makanan seperti itu.

Lelaki ini sanggup ‘tipu’ demi kebaikan wang dompetnya kerana hari-hari anaknya meminta untuk membeli McDonald’s, mahu pokai beliau setiap hari jika membeli setiap hari.

Akibat Anak Hari-Hari Minta Nak ‘Fast Food’, Lelaki Ini Terpaksa ‘Tipu’ Masak Sendiri & Letak Dalam Pek & Kotak Makanan! Terus Berselera Walaupun Beliau Tertipu

FazliZail merupakan seorang ayah dan beliau memberi idea kepada para ibu bapa untuk jimat sekali sekala. Anak beliau sentiasa meminta McDonald’s dengan beliau dan seperti kita tahu harganya juga agak mahal untuk sesetengah orang.

Namun, idea beliau ini sangat membantu untuk para ibu bapa. Beliau hanya memerlukan kotak dan beg kertas dan mengisi dengan makanan yang beliau goreng sendiri.

McDonald's McDonald's

Kadang-kadang tidak mengapa untuk menipu sikit-sikit demi menjaga juga kesihatan anak-anak. Para ibu bapa semestinya akan rasa kesian kepada anak mereka kerana mereka meminta untuk makan makanan seperti fast food ini.

McDonald's McDonald's

Netizen juga bertanya kepada lelaki ini,

“Mana beli kotak kotak tu bang? Cepat bang, kopak saya bang kena beli mcd hari hari”, tanya netizen bernama Hoho

“Kawan kerja Mcd, minta je”, jawab beliau.

McDonald's

Semestinya anak akan gembira walaupun benda itu biasa sahaja untuk kita.

https://www.tiktok.com/@fazlizail/video/7271540452728360194?_r=1&_t=8fB8ihT7c0u

@fazlizail Beliau tertipu🤭 #fypシ #laguabangtesla ♬ original sound – FazliZail

Weh Anak Aku Pun Macam Ni, Hari-Hari Nak Pergi McDonald’s

Menerusi di ruangan komen, rupanya ramai juga senasib seperti abang ini. Ramai anak-anak mereka inginkan McDonald’s setiap hari namun terpaksa menolak kerana kekangan wang. Tapi, masih ada penyelesaiaannya.

McDonald's McDonald's McDonald's McDonald's

Semoga si ayah ini dan semua ibu bapa sentiasa dilimpahkan rezeki untuk dapat penuhi semua permintaan anak-anak mereka.

Amin!

Kredit: FazliZail

Baca Juga: “Aku Tertipu..” Kerugian Hampir RM50,000, Wanita Ini Kongsi Kisah Diperdaya ‘Pak Haji’ Vending Machine

tags: | |