Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Anak Minta Majlis Hari Jadi Tema Disney Frozen, Terus Terkejut Lepas Tengok Kek Elsa

Anak Minta Majlis Hari Jadi Tema Disney Frozen, Terus Terkejut Lepas Tengok Kek Elsa

Kategori:
Majlis Hari Jadi Tema Disney Frozen

Setiap kanak-kanak mengimpikan sebuah majlis hari jadi yang disambut dengan meriah bersama kawan-kawan dan pelbagai hadiah.

Kerana minat pada watak-watak kartun yang ditayangkan di televisyen juga, kebanyakkan majlis hari jadi mereka akan mengenakan tema rancangan pilihan mereka.

Oleh itu, para ibu bapa perlu menyiapkan dekorasi mengikut tema pilihan anak. Namun tak semua yang dirancang berjalan lancar.

Anak Minta Majlis Hari Jadi Tema Disney Frozen, Terkejut Lepas Tengok Kek Elsa

Seperti yang telah dikongsikan oleh alliya_ciute di laman TikTok yang ingin tergelak melihat reaksi seorang anak kecil di majlis hari jadinya.

Meminta tema Disney Frozen, kanak-kanak tersebut siap menyarungkan gaun puteri Anna, salah seorang watak utama rancangan tersebut. Majlis Hari Jadi Tema Disney Frozen

Namun apabila membuka mata untuk melihat kejutan yang telah disediakan, kanak-kanak itu kelihatan terkedu selepas melihat kek.

Terdiam, dia tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata, sebaliknya hanya merenung pada kek watak Elsa itu.  Majlis Hari Jadi Tema Disney Frozen

Barangkali tidak sama seperti wajah Elsa seperti yang ditayangkan dalam kaca mata televisyen, dia hanya mampu berdiri dan tergamam.

@alliya_ciute 😭😭🤣🤣 …#fyppelitbangett ♬ original sound – Shaniamelia

Meninjau di ruangan komen pula, orang ramai turut terhibur bila melihat reaksi kanak-kanak itu yang kelihatan seperti trauma dengan rupa kek tersebut.

“Jangankan budak. Aku yang dah tua ni pun terkejut! Maaf ketawa.”, kata seorang pengguna.

Rupa Kek Boleh Buat Sesiapa Pun Jadi Trauma Majlis Hari Jadi Tema Disney Frozen

Agaknya tersasar jauh sangat rupa kek itu dari Elsa, itu yang buat adik itu terdiam sekejap. Barangkali dia sendiri pun tak tahu nak kata apa bila lihat rupa gerun watak kegemaraannya.

Kredit: alliya_ciute

Baca Juga: Rider Foodpanda Ditimpa Kejadian Malang Gara-Gara Berhenti Di Sebelah Kedai Ketika Hujan Lebat

tags: | |