Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Pakai Baju Mermaid Dan Hampir Dimakan Kucing, Ibunya Pula Dikecam & Dimarahi Warganet Sebab..

Anak Pakai Baju Mermaid Dan Hampir Dimakan Kucing, Ibunya Pula Dikecam & Dimarahi Warganet Sebab..

Kategori:
anak pakai baju mermaid hampir dimakan kucing

Zaman semakin moden dan seiring dengan itu pelbagai mascot atau pun pakaian yang timbul. Ada pakaian haiwan seperti dinasour dan yang paling popular dalam kalangan orang ramai adalah baju atau pakaian ikan duyong.

Bercakap soal pakaian ini, viral sebuah video berkenaan dengan seorang kanak-kanak yang memakai pakaian seolah-olah seperti mermaid ini. Apabila memakai pakaian tersebut, kucing peliharaannya mengganggap dia ikan.

Akibat dari itu dia digigit oleh kucing berkenaan. Walaupun sudah dilawan namun kucing berkenaan tetap agresif dan berkali-kali ingin memakannya.

Walaupun kanak-kanak berkenaan sudah hampir tewas kerana kucing berkenaan tetap menyerangnya, sang ibu tetap juga meminta anaknya itu berlakon menjadi ikan lagi.

Lihat video di sini

Ekoran itu ia menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen yang menonton. Malah kelakuannya yang seolah-olah tidak menghiraukan keselamatan anaknya itu telah dikecam oleh netizen.

Malah ada juga netizen sempat meninggalkan komen menyatakan ia bukanlah kejadian yang melucukan. Kasihanilah kanak-kanak tersebut yang sudah digigit oleh kucing berkenaan.

Boleh pula dia ketawa..

Otak tinggal kat tong sampah..

Tak lawak pun..

Sakit kot anak tu..

 

Sekali pandang memang nampak melucukan namun kalau dah berkali-kali digigit dan kucing juga kelihatan agresif mohon berhentilah. Bimbang jika keadaan menjadi semakin teruk dan gigitan kucing berkenaan membawa kepada penyakit.

Sumber: Meow Oh Meow

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Rawat Kucing Yang Dijangkiti Parvo Dengan Rumput Hijau, Sehari Lepas Makan Terus Nampak Aktif!

 

tags: | | | |