Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Tanya Tips Bermadu Dengan Mak & Mak Tiri Di Kedai Makan, Tak Sangka Ini Jawapan Daripada Mak Kepada Soalan Tersebut…

Anak Tanya Tips Bermadu Dengan Mak & Mak Tiri Di Kedai Makan, Tak Sangka Ini Jawapan Daripada Mak Kepada Soalan Tersebut…

Kategori:

Indahnya perkahwinan apabila masing-masing saling memahami dan bekerjasama untuk menyelesaikan segala masalah. Tapi ada sesetengah keluarga, bapa yang berkahwin lebih dari satu tapi tidak dapat berlaku adil kepada yang pertama.

Seperti video yang bakal dikongsikan ini, dapat dilihat mak dan mak tiri beliau siap boleh makan bersama. Di kedai makan dan berkongsi tips bermadu dengan anaknya.

Anak Tanya Tips Bermadu Dengan Mak & Mak Tiri Di Kedai Makan, Tak Sangka Ini Jawapan Daripada Mak Kepada Soalan Tersebut…

Video ini dikongsikan oleh auntynanoo di laman media sosial TikTok beliau dan memberi reaksi positif daripada netizen. Beliau bertanyakan kepada mak dan mak tiri beliau bagaimana tips bermadu kerana mereka berada dalam hubungan yang baik.

Walhal suami mereka sudah meninggal dunia, mereka masih bersama dan siap makan sekali di kedai makan. Apa yang melucukan adalah, jawapan bagi tips bermadu daripada mak tirinya itu membuat netizen tergelak.

tips bermadu

“Mak..mak dulu ada tarik tarik rambut tak dengan dia?”, tuan video ini bertanyakan soalan ini kepada maknya.

“Takde.”, balas mak beliau kepadanya.

“Takde, kami tarik suami je!”, balas pula daripada mak tiri beliau. Tak disangka pula jawapan daripada mak tirinya yang selamba sahaja.

tips bermadu

Dengan jawapan tersebut, anak beliau tergelak.

“Biar terbelah dua!”, tambah lagi jawapan daripada mak tiri beliau.

Kita dapat saksikan bahawa, mereka hidup dalam bahagia dan tidak bergaduh walaupun terpaksa bahagi kasih dengan suami mereka. Anak tiri beliau juga dapat menerima beliau kerana sifat beliau tersebut yang bertolak ansur dan hormat kepada isteri yang pertama.

@auntynanoo bila KAKAK MADU jumpa ADIK MADU yang mengong 😂 #fypシ #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #familybonding #LiveLikeAPanda ♬ original sound – aunty koceng’s😻

Wuish, Sporting Betul Madu Duduk Makan Semeja

Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkongsi kisah mereka yang juga mempunyai ibu tiri yang baik kepada mereka.

“Arwah ayah dulu kahwin 3. Nombor 1 sebelah rumah je nombor 3 dekat Pahang, semua 3 mak dah takde tapi kami 3 anak ok je kumpul-kumpul bila free. Takde hal pun mak-mak pun dulu okay je.”, komen airildani1 berkongsi pengalaman beliau bahawa walaupun ada 3 orang mak, tapi hubungan adik beradik tiri beliau masih dalam keadaan baik.

tips bermadu tips bermadu tips bermadu tips bermadu

Kebahagiaan dalam keluarga adalah satu rezeki yang besar Allah berikan kepada mereka. Mungkin kerana mereka sentiasa bersikap baik dan bertolak ansur antara satu sama lain walaupun suaminya telah meninggal dunia.

Bolehlah kita sebagai netizen untuk mencontohi mereka tapi jangan contohi sikap suami yang tidak berlaku adil kepada isteri dan anak-anak. Satu sudah cukup!

Kredit: auntynanoo

Baca Juga: Resepi Ayam Tender Panggang Lemon Madu Yang Mudah, Buat Semua Orang Teliur

tags: | |