Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Rekod Dulu, Baru Buat Kerja..” Anak Telah Jatuhkan Burger McD, Warganet Nasihat Supaya..

“Rekod Dulu, Baru Buat Kerja..” Anak Telah Jatuhkan Burger McD, Warganet Nasihat Supaya..

Kategori:
BURGER-MCD

Anak-anak sekarang ini semakin licik. Di usia kecil, mereka mempunyai sifat ingin tahu dan sangat beria untuk meneroka dunia luar. Apa yang berada di hadapan mata pasti ingin dicapai, tangan lincah mereka sudah mula bergerak. Belum sempat dihalang, akhir sekali ibu bapa hanya mampu redha dengan gelagat anak kecil mereka.

Anak Jatuhkan Burger McD

Di laman TikTok, seorang pengguna, kucingtiktok.00, memuat naik dan berkongsi gelagat anak kecilnya di sebuah restoran makanan segera, McDonald’s (McD).

Makan di sana, lelaki itu memesan dua set burger McD bersama bubur McD. Baru sahaja membuka handphone untuk menangkap gambar makanan tersebut, dia tidak sempat untuk menghalang anaknya dari menggapai salah satu burger tersebut. Akhir sekali, ia ditarik dan dijatuhkan ke lantai.

Tergelak melihat gelagat anaknya, lelaki itu bagaimanapun tidak memarahi anak kecil itu. Mungkin sudah terbiasa dan memahami kerenahnya, dia mengambil semula burger tersebut dan meletakkan di atas dulangnya.

Bila dimarahi oleh isteri kerana mengutip makanan yang sudah tercemar, lelaki itu bagaimanapun sempat lagi bergurau.

@kucingtiktok.00##fyp ##masukberanda ##yxzcba ##viral♬ original sound – 𝑄𝑥𝑀♡︎

Tangan Terpantas Jatuh Kepada…

Di ruangan komen, perkara tersebut telah menghiburkan segelintir warganet. Malah, mereka turut mengalami perkara yang sama. Jelas, tangan terpantas jatuh kepada tangan bayi. BURGER-MCD

Warganet Tampil Dengan Beberapa Nasihat

Warganet turut menasihati lelaki itu supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu leka dengan handphone. Tambahan pula, pada usia kecil sebegini, anak-anak beria untuk mencapai apa sahaja yang berada di hadapan mata mereka. BURGER-MCD

Memang tangan anak kecil ini laju lain macam. Belum sempat ibu bapa berbuat apa-apa dah terjadi perkara sebegini. Hanya ibu bapa sahaja yang memahami perkara sebegini. Jadi, jangan lah kita terlalu cepat untuk memarahi anak-anak. Masih kecil, manalah mereka tahu apa yang salah dan betul. Yang penting, kena sentiasa berjaga-jaga apabila makanan berada di hadapan anak-anak.

Kredit: TikTok kucingtiktok.00

Baca Juga: Anak Tiba-Tiba Moody & Meragam Di Kedai Makan, Rupanya-Rupanya Ini Sebabnya..

tags: