Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Maafkan Kami Sebab Lalai..” Anak Tertelan Benda Bahaya, Ibu Ini Panik Bila Dengar Pemeriksaan Doktor

“Maafkan Kami Sebab Lalai..” Anak Tertelan Benda Bahaya, Ibu Ini Panik Bila Dengar Pemeriksaan Doktor

Kategori:
anak tertelan benda bahaya

Apabila sudah bergelar sebagai seorang ibu dan bapa, semua orang perlu bersedia akan tanggungjawab besar yang akan dipikul. Bukan sahaja perlu bersedia dari semua aspek, ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak, lebih-lebih lagi ketika kecil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Maklumlah ketika kecil, anak-anak bukannya tahu apa-apa dan memang beria untuk bermain dan mengenali dunia. Kalau boleh, semua benda ingin sentuh. Jika ibu bapa lalai, macam-macam boleh terjadi.

Anak Tertelan Benda Bahaya

Di laman TikTok, seorang pengguna, rarapida_firraa, memuat naik sebuah video dan berkongsi rasa resahnya apabila anak tertelan benda bahaya.

Menyesal kerana lalai, dia terus membawa anaknya ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan. Terlambat, duit syiling bernilai sepuluh sen yang telah ditelan anaknya telah sampai ke bahagian usus. Meskipun berada di bawah pemeriksaan, anaknya tidak banyak kerenah.

Lega melihat anak kecilnya aktif seperti biasa dan makan minumnya tidak terganggu, ibu itu dinasihatkan untum memantau anaknya agar duit syiling itu keluar. Adik itu akan jalankan pemeriksaan X-Ray dalam masa 3 hari akan datang.

@rarapida_firraa

Maafkan mumydady lalai perhatikan awk,semoga djdkan pngjaran buat semua ibubapa,doakan buat anak sy semoga syiling tu kluar dlm masa 2,3hr ni 🥺#fyp

♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

@rarapida_firraaMaafkan mumydady lalai perhatikan awk,semoga djdkan pngjaran buat semua ibubapa,doakan buat anak sy semoga syiling tu kluar dlm masa 2,3hr ni 🥺##fyp♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Perkara Itu Juga Pernah Terjadi

Melihat di ruangan komen, ada beberapa warganet yang memahami keresahan yang dihadapi wanita itu. Pernah juga terjadi pada mereka dan anak-anak, setiap orang mempunyai pengalaman itu. anak tertelan benda bahaya

Benda Dah Jadi, Mak Ayah Tak Salah

Ada juga yang bersimpati dengan nasib kedua ibu bapa itu dan tidak menyalahkan mereka atas perkara yang terjadi. Malah, mereka turut mendoakan agar segala urusan dapat dipermudahkan.

anak tertelan benda bahaya

Semoga adik itu cepat-cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Jangan lah kita mengecam kedua ibu bapanya kerana perkara itu sudah terjadi. Mana-mana ibu bapa tak mahu perkara itu terjadi pada anak mereka.

Perkara yang terjadi ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua agar lebih berhati-hati dan mengelakkan perkara tidak diingini dari berlaku.

Kredit: TikTok rarapida_firraa

Baca Juga: “Perut Rasa Berapi-Api..”, Gadis Makan Ayam Goreng McD 3X Spicy Alami Sakit Perut Dikejarkan Ke Wad Kecemasan

 

 

tags: |