Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Tiba-Tiba Diam, Rupanya Tengah ‘Mandi’ Kicap Buat Si Ibu Mengucap Panjang

Anak Tiba-Tiba Diam, Rupanya Tengah ‘Mandi’ Kicap Buat Si Ibu Mengucap Panjang

Kategori:

Menjaga, membesar dan mendidik anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai ibu bapa, kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental adalah sangat diperlukan dalam membesarkan anak-anak. Ragam mereka ini kadang-kadang cukup luar biasanya hebatnya.

Bermula dari lahir sehinggalah ke usia empat hingga lima tahun barulah para ibu bapa dapat menarik nafas yang lega. Namun tidak mengapa, tetap akan ada saat-saat indah yang sentiasa menghiburkan kita dan membuat kita ketawa.

Jika tiada suami di rumah, anak-anak la peneman dan penghibur. Di saat tertekan dengan bebanan kerja anak-anaklah yang menghiburkan kembali. Tidak dinafikan, setiap ibu bapa pasti berhadapan dengan kejadian atau situasi yang membuatkan kita hilang sabar.

Tidak kiralah sama ada mereka merosakkan barangan mahal kita, menjatuhkan dan memecahkan pinggan mangkuk di dapur atau sebagainya. Selalunya perangai atau kerenah mereka yang secara tiba-tiba ini cukup membuatkan kita sebagai ibu bapa mengucap panjang.

Si ibu mengucap panjang lihat anak asyik bermain dengan kicap

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang ibu yang dikenali dengan nama Ayu Wardana di aplikasi TikTok, berkenaan dengan kelakuan anaknya cukup membuatkan si ibu tidak berhenti menyebut MashaAllah.

Menurut Ayu, ketika dia melipat pakaian di dalam bilik dia langsung tidak mendengar suara anaknya. Anaknya tersebut senyap secara tiba-tiba, disangkakan kenapa rupa-rupanya sedang asyik bermain kicap di dapur.

Bahkan menerusi video tersebut, dapat dilihat anaknya itu sedang duduk di tepi peti ais yang terbuka pintunya. Tangannya pula memegang botol kicap bersaiz besar. Sekelilingnya pula dipenuhi dengan kicap. Bukan sedikit kicap yang ditumpahkan namun seluruh isi botol berkenaan.

Kelihatan juga dia langsung tidak takut dengan si ibu, anak kecil berkenaan tetap bermain dengan kicap yang sudah ditumpahkannya itu. Langsung tidak berganjak sedikit pun.

@mami_sheva masyaallah anak pinter ku #babyviral #viral #fypシ ♬ original sound – Sisca Saras

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.

Patut curiga kalau anak kecil senyap..

Ada yang meninggalkan komen menyatakan, patut curiha kalau anak-anak tiba-tiba senyap. Malah ada juga yang memuji Ayu kerana tidak marah atau pun menjerit kepada anaknya.

Tiada masalah nak seberapa banyak kicap tapi..

Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang menulis, baginya tiada masalah kalau mahu seberapa banyak kicap namun yang menjadi masalah adalah untuk membersihkannya.

Jadi menjaga anak sebesar ini memerlukan kesabaran yang cukup luar biasa. Kelakuan dan perangai mereka itu bukan kerana mereka degil atau tidak pandai tetapi kerana anak-anak kecil yang seusia ini sedang mengenali dunia.

Jadi setiap suatu perkara di pandangan mata, pasti mereka ada keinginan untuk menyentuh, memegang dan bermain. Jadi sebagai ibu bapa, kuatkan semangat dan sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak ini. Sekejap je waktu ini, nanti apabila mereka sudah besar, saat-saat begini akan sangat dirindukan.

Sumber: Ayu Wardana

Baca juga: Penat Masak, Isteri Mengamuk Suami Langsung Tak Sentuh. Alasan Tiada Selera & Asyik Bermain Game

tags: | |