Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Ani Jeruk Buah Nise Viral Hingga Masuk TV3, Pelanggan Sanggup Beratur Panjang Nak Cuba Jeruk Style Orang Zaman Dahulu

Cik Daun by Cik Daun
Januari 25, 2023
in Berita, Tempat Makan
3 min read
0 0
0
Ani Jeruk Buah Nise
0
SHARES
180
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jika menyebut tentang hidangan makanan buah jeruk, semestinya korang sudah kecur air liur ketika teringat akan rasa masam manis dengan rendaman air jeruk yang diperam bersama kuahnya kan. Aroma dan rasa kerangupan buah yang digigit dengan rasa masam manis sememangnya mendatangkan kenikmatan yang luar biasa.

Ani Jeruk Buah Nise Viral Hingga Masuk TV3, Pelanggan Sanggup Beratur Panjang Nak Cuba Jeruk Style Orang Zaman Dahulu

Ani Jeruk Buah Nise

Terbaharu, Ani Jeruk Buah yang bertempat di Cherang, Kota Bharu Kelantan telah menarik perhatian orang ramai sehingga mendapat liputan daripada pihak TV3 dalam program Majalah 3 semalam.

Terinspirasi daripada style hidangan jeruk zaman dahulu, Ani Jeruk Buah menghasilkan jeruk yang sedap dengan cukup rasa masam manisnya dan menjadi igauan sesiapa yang pernah mencubanya.

Antara buah-buahan yang telah dijadikan jeruk adalah asam jawa (celagi), sentul, belimbing buluh, jambu batu, kelubi, anggur, mangga, kedondong air, cermai, mata kucing dan rambutan.

Perkongsian daripada Daily Makan di laman TikTok dan Instagram juga semalam mendapat sambutan warga netizen. Sesiapa yang melihatnya akan terpikat dan tertambat hati mahu mencuba Ani Jeruk Buah Nise yang begitu mengiurkan. Ani Jeruk Buah Nise

“Jeruk buah ‘nise’ (manisan diperbuat daripada gula melaka) dan tanpa pengawet. Ini bukan sahaja digemari oleh orang Kelantan malah turut digemari pengunjung luar selepas tular di media sosial,” tulis Daily Makan menceritakan suasana berkunjung ke gerai Ani Jeruk Buah tersebut.

Jeruk Manisan Yang Diperap Dengan Gula Melaka

Ani Jeruk Buah Nise Ani Jeruk Buah Nise

@dailymakan

Jeruk buah ‘nise’ (manisan diperbuat daripada gula melaka) 
Jeruk nise yang diperbuat tanpa bahan pengawet ini bukan sahaja digemari oleh orang Kelantan malah turut digemari pengunjung luar selepas tular di media sosial.
Antara buah-buahan yang dijadikan jeruk itu ialah asam jawa (celagi), sentul, belimbing buluh, jambu batu, kelubi, anggur, mangga, kedondong air, cermai, mata kucing dan rambutan. 📍Ani Jeruk Buah Cherang, Kg Cherang #fyp #jeruk #jerukkakani #cherang #kotabharu #murah #sedap

♬ original sound – Daily Makan – Daily Makan

BacaJuga

Jeruk betik

Resepi Jeruk Betik, Buat Sebalang Pun Terus Habis Sebab Terlajak Sedap!

Oktober 3, 2022
138
Sawi Jeruk Di Rumah

Cara Paling Mudah Untuk Buat Sawi Jeruk Di Rumah, Cuma Perlu 4 Sahaja. Confirm Menjadi!

Jun 7, 2022
17
@dailymakan Jeruk buah ‘nise’ (manisan diperbuat daripada gula melaka) 
Jeruk nise yang diperbuat tanpa bahan pengawet ini bukan sahaja digemari oleh orang Kelantan malah turut digemari pengunjung luar selepas tular di media sosial.
Antara buah-buahan yang dijadikan jeruk itu ialah asam jawa (celagi), sentul, belimbing buluh, jambu batu, kelubi, anggur, mangga, kedondong air, cermai, mata kucing dan rambutan. 📍Ani Jeruk Buah Cherang, Kg Cherang #fyp #jeruk #jerukkakani #cherang #kotabharu #murah #sedap ♬ original sound – Daily Makan

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang ingin mencubanya dan ada juga yang berkongsi pengalaman pergi ke sana menikmati jeruk berkenaan. Bukan itu sahaja, ada diantara netizen yang tinggal di luar negeri Kelantan hampa dan kecewa kerana lokasinya yang jauh daripada tempat tinggal mereka.

“Baru singgah tadi on the way balik Perak. Memang ramai gila orang sampai tak sempat tuan kedai nak jual dekat gerai. Dari jam 9 orang dah serbu rumah dia,” kata netizen dengan nama Inani Cahaya berkongsi pengalaman.

“Pos ke KL boleh? Terliur tengok ni,” tulis Iyfaa Ariefa.

“Tengok dekat TV3 hari tu dan meleleh air liur ni. Lalu pula dekat TikTok, aduhai,” ujar netizen.

Orang Serbu Sampai Ke Rumah, Memang Sedap! -Netizen

Ani Jeruk Buah Nise

Sesiapa yang ingin mencuba jeruk Ani ni, bolehlah pergi ke lokasi tertera dan rasai kenikmatannya sendiri.

📍Ani Jeruk Buah Cherang, Kg Cherang

Sumber: Daily Makan

Baca juga: “Sampai Geleng-Geleng Kepala..”, Daily Makan Kongsi Kenikmatan Nasi Pakistan Lamb Shank Viral Batu Pahat, Netizen Mahu Alami Pengalaman Makan Di Sini!

Download WordPress Themes Free
Free Download WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
udemy course download free
download xiomi firmware
Tags: Ani Jeruk Buah Nisejeruk
ShareTweetSend

Related Posts

peniaga celup tepung
Berita

Peniaga Celup Tepung Rugi Hampir RM100,000 Akibat Fenomena Air Pasang, Hampir 200 Pelanggan Lihat Kejadian Yang Dahsyat

Januari 27, 2023
64
gadis OKU
Berita

Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Januari 27, 2023
58
dapat doorgift terpaling function
Berita

“Balik Modal Jugak Ni..”, Wanita Pergi Kenduri Dapat Doorgift Terpaling Function, Orang Ramai Boleh Tiru Guna Cara Ni!

Januari 26, 2023
2.4k
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist