Menu di A&W Malaysia tidak pernah mengecewakan. Baru-baru ini mereka kembali lagi dengan menu baharu sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.
Bulan puasa ni kalau tak mengidam memang tak sah. Maklumlah, seharian menahan lapar dan dahaga. Kadang-kadang, bila tiba waktu berbuka mesti rasa nak makan makanan yang rangup dan memuaskan hati bukan?
Apa kata jom cuba menu ayam baharu dari A&W ini iaitu Lily Chili Aroma Chicken yang memukau penuh dengan rasa dan aroma lazat! Memang merupakan pilihan tepat untuk juada berbuka anda sekeluarga.
Lily Chili Aroma Chicken disaluti dengan Sos Aroma Lili Lili Manis yang merupakan gabungan mantap di antara sos prun, sos Thai, sos cili serta bunga kantan!Nak lagi best, gandingkan bersama air RB Double Blessing yang mana boleh didapati dengan harga RM18.90 sahaja untuk pembelian 2 botol. Dapatkan sekarang sebelum kehabisan stok di cawangan A&W berdekatan anda.