Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Apa Istimewanya Daging Wagyu? Ini Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Apa Istimewanya Daging Wagyu? Ini Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Kategori: ,

Apa yang menarik sangat mengenai daging wagyu ini yang sering menjadi bualan ramai? Adakah ini disebabkan harganya mahal atau memiliki khasiat yang tinggi?

Daging wagyu ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya dan istimewanya daging wagyu lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi ‘Marbeling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini.

Untuk pengetahuan pembaca, daging wagyu sebenarnya lebih baik daripada daging lembu biasa kerana ia tidak mengandungi lemak tepu sekali gus mereka yang menghidap penyakit gaut dan darah tinggi boleh menikmatinya.

Daging lembu Wagyu (Miyazaki Beef) adalah daging bergred tinggi yang diternak di Miyazaki, Jepun. Lembu ini diberi makan sayur organik, jagung dan diberi minum air sungai yang mengandungi mineral tinggi dari kawasan pergunungan Kirishima.

10 Fakta menarik daging wagyu

1. Terdapat 15 jenis gred daging terbahagi kepada A, B dan C

2. Gred daging paling terbaik ialah gred A5 BMS 12

3. Harga daging gred A5 BMS 12 mencecah RM25,000 sekilogram

4. Harga daging gred B berharga antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram

5. Harga daging gred C berharga antara RM400 hingga RM800 sekilogram

6. Lebih banyak Marbeling (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu

7. Tiada sebarang minyak atau garam digunakan ketika dipanggang

8. Daging wagyu dimasak pada kadar ‘medium well’

9. Pisau khas digunakan untuk memotong daging wagyu

10. Tidak boleh dimasak lebih dari 10 minit bagi menjaga keenakan daging

Pengeluaran daging wagyu juga bebas dari antibioktik, hormon dan kimia. Lembu wagyu disembelih apabila mencapai umur antara 28 bulan sehingga 32 bulan. Paling best, lembu wagyu juga diurut bagi membolehkan dagingnya kekal lembut dan enak ketika dimakan.

So guys ini saja sedikit info yg boleh saya sharing kepada semua. Kalau nak cuba steak daging Wagyu atau Angus dari rumah, boleh dapatkan dengan Fresyu. Fresyu menjual daging premium yang halal lagi berkualiti sesuai dibuat steak, dihantar terus ke depan pagar rumah anda.

Antara daging yang boleh didapati di Fresyu ialah:

  • Wagyu A5 steak/grill slice
  • Wagyu Aussie steak/grill slice
  • Angus steak/grill slice
  • Grass fed steak
  • Lamb rack

Hubungi ejen berdekatan dan nikmati steak premium di rumah anda.

Shah Alam https://wasap.my/60136768381/fresyuwagyu

Kota Bharu  https://wasap.my/60194559642/fresyuwagyu

tags: | | |