Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jangan Buang Kulit Limau Mandarin, Jom Buat Asam Kulit Limau Guna Resipi Ini. Rasa Masam Manis Yang Sedap

Jangan Buang Kulit Limau Mandarin, Jom Buat Asam Kulit Limau Guna Resipi Ini. Rasa Masam Manis Yang Sedap

Kategori: ,
Asam Kulit Limau

Dalam kehangatan perayaan Tahun Baru Cina ini, Limau Mandarin menjadi satu budaya yang dikaitkan dengan perayaan ini. Sejak beberapa minggu lepas, Limau Mandarin sudah boleh ditemui dijual di kedai-kedai seluruh negara.

Rakan-rakan berbangsa Cina juga ramai menghadiahkan Limau Mandarin kepada orang ramai tidak mengira agama dan bangsa sebagai buah tangan menyambut perayaan ini.

Jadi, jika makan Limau Mandarin, janganlah buat kulitnya kerana kita boleh jadikan ia sebagai kudapan asam yang sangat sedap.

Jom ikuti proses dan resipi Asam Kulit Limau mudah oleh @greentea_matcha7 ini bersama,

Jangan Buang Kulit Limau Mandarin, Jom Buat Asam Kulit Limau Guna Resipi Ini. Rasa Masam Manis Yang Sedap

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula, dapatkan kulit buah Limau Mandarin terlebih dahulu. Pastikan kulit limau tersebut dibersihkan dengan teliti sebelum dijadikan asam.
  2. Kemudian, anda perlu membuang bahagian putih yang ada pada permukaan dalam pada kulit tersebut.
  3. Bahagian putih berkenaan jika tidak ditanggalkan dikhuatiri akan meninggalkan rasa pahit kepada kulit limau tersebut.
  4. Seterusnya, didihkan kulit-kulit berkenaan di dalam periuk bersama satu senduk gula (bergantung kepada jumlah kulit limau). Selepas 45 minit dididih, keluar kulit-kulit limau berkenaan daripada periuk.
  5. Kulit limau yang sudah dikeluarkan itu boleh diletak di atas kertas minyak atau di atas tisu dan biarkan kering sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari.
@greentea_matcha7Asam boi kulit limau🍊♬ suara asli – Rizkan 001 🐓🐓 – I/A§

Yeay! Selepas siap diproses, kulit Limau Mandarin ini sudah boleh dimakan. Senang sahaja bukan cara penyediaannya?

Jadi, jangan buat kulit Limau Mandarin ini, jadikan ia Asam Kulit Limau yang sedap. Bolehlah buat kudapan ataupun makan masa mual tekak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba!

Sumber: greentea_matcha7

Baca juga: Cara Buat Ayam Gunting Sebiji Rasa Dekat Pasar Malam, Buat Niaga Pun Boleh!

tags: | |