Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Ayam Gunting Sebiji Rasa Dekat Pasar Malam, Buat Niaga Pun Boleh!

Cara Buat Ayam Gunting Sebiji Rasa Dekat Pasar Malam, Buat Niaga Pun Boleh!

Kategori: ,
ayam gunting sebiji rasa dekat pasar malam

Selain kentang ataupun nuget, biasanya jika ke pasar malam, ayam gunting juga menjadi pilihan anak-anak kecil kan termasuk dewesa? Ada juga yang sampai sanggup tak makan di kanting untuk beli ayam gunting ni sebab memang ketagih.

Kalau anak dah suka, apa kita kita buat je dekat rumah ikut perkongsian resepi Zaitun Abdul Hamid ni. Nak beli dekat kedai mahal, kalau buat dekat rumah, sambil belajar sambil berjimat, kan? Boleh buat banyak-banyak.

Jom ikut cara dan resepi ayam gunting sebiji rasa dekat pasar malam ini!

Cara Buat Ayam Gunting Sebiji Rasa Dekat Pasar Malam, Buat Niaga Pun Boleh!

Bahan-Bahan:

  • Ayam – beli bahagian dada yang sudah dibuang tulang. Potong nipis-nipis kemudian perap  ayam dengan 4 sudu sos tiram.
  • 2 sudu serbuk BBQ Cosway/2 sudu sos black paper Kimball
  • 2 sudu jus lime/perahan lemon

Bahan-Bahan Salutan:

  • tepung Bestari pedas / original
  • tepung ubi / tepung beras
  • sedikit serbuk roti
  • sukatannya bergantung kepada kuantiti ayam
  • serbuk cili dan serbuk lada putih – untuk ditabur pada ayam yang dah siap digoreng nanti.

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam selama satu jam.
  2. Gaul ayam yang diperap tadi pada bahan salutan yang sudah siap dicampur.
  3. Tumbuk-tumbuk sikit isi ayam supaya tepung melekat pada isi ayam dan padu supaya nampak cantik bila digoreng.
  4. Goreng hingga garing.
  5. Selepas goreng tabur dengan serbuk cili dan lada putih, kemudian boleh digunting.
  6. Siap!

ayam gunting sebiji rasa dekat pasar malam ayam gunting sebiji rasa dekat pasar malam ayam gunting sebiji rasa dekat pasar malam ayam gunting sebiji rasa dekat pasar malam ayam gunting sebiji rasa dekat pasar malam

Senang kan buat ayam guntung sebiji rasa dekat pasar malam ni? Boleh buat dekat rumah, lepastu makan ramai-ramai dengan yang tersayang. Rasa krup krap dari setiap gigitan saluatn dada ayam tu memang sedap masuk mimpi!

Semoga bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Zaitun Abd Hamid

Baca juga: Resepi Dan Cara Buat Jagung Lemak Manis Ala Pasar Malam, Mesti Cuba, Tak Rugi!

tags: | |