Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Asam Pedas Claypot Kota Damansara

Asam Pedas Claypot Kota Damansara

Kategori:

Negeri Melaka bukan sahaja dikenali sebagai bandar bersejarah tetapi dikenali juga dengan pelbagai jenis masakan. Antara makanan rasmi yang dikenali oleh Melaka ialah Asam Pedas. Terdapat banyak tempat di Melaka untuk menikmati hidangan ini, tetapi Asam Pedas Claypot Kota Damansara adalah salah satu restoran yang terkenal di Kota Damansara, Melaka.

Restoran ini dibuka dari seawal 6 ptg hingga ke pagi, iaitu lebih kurang dalam jam 3 pagi.
Penyediaan Asam Pedas di restoran ini berbeza dari restoran-restoran Asam Pedas yang lain kerana mereka menggunakan claypot yang jarang terdapat di restoran lain.

Selain itu, makanan lain yang turut disajikan bersama asam pedas ialah nasi, telur masin, beberapa sayuran dan sambal.

Terdapat banyak jenis hidangan masakan Asam Pedas yang disajikan di sini seperti ikan pari, ikan parang, ikan kembung dan daging tetel. Campuran bahan-bahan yang digunakan untuk membuat asam pedas dan bau aromanya memang sangat wangi.

Selain dari asam pedas, restoran ini juga ada menyediakan makanan lain seperti sate, nasi goreng dan lain-lain. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan berbaloi.

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:

Sumber: Hypp Inspirasi

tags: | |