Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Atasi Depresi Dengan Amalkan Makanan Ini

Atasi Depresi Dengan Amalkan Makanan Ini

Kategori: ,

Jika bercakap pasal depression atau kemurungan saya pasti korang semua mesti tahu apa itu dimaksudkan dengan kemurungan. Seseorang yang dibelenggu perasaan sedih yang berpanjangan, suka bersendirian, keletihan, perasaan cepat marah boleh menyebabkan kemurugan. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.

Kebanyakannya lebih gemar berkurung di dalam bilik boleh memburukkan lagi masalah kemurungan. Ini kerana kurang mendapat cahaya semula jadi yang boleh menyebabkan hormon serotonin menurun. Serotonin adalah sejenis hormon yang bertanggungjawab meningkatkan emosi seseorang selain mengawal rasa lapar dan keyakinan diri, misalnya perasaan gembira dan rasa puas hati.

Jika bercakap tentang solusi penyakit kemurungan pasti kita dibayangkan dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. Namun ada yang tak tahu bahawa solusi untuk depresi adalah boleh dipraktik kan dengan mengambilan makanan yang meningkatkan hormon serotonin di dalam badan pesakit.

1. Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran berdaun hijau disini ialah sayur bayam dan kailan. Kedua-dua sayur ini adalah kaya dengan nutrien selain baik untuk mencegah kanser dan meningkatkan pertahanan badan sayur ini dapat meningkatkan hormon serotonin. Bayam dan kailan juga dapat mengurangkan masalah radang serta menjadikan badan kita berfungsi dengan lebih baik. Jadi anda digalakkan untuk mengamalkannya.

2. Kacang walnut

Kenapa kacang walnut? Haa walnut adalah salah satu kekacang yang kaya dengan asid lemak iaitu Omega-3. Terdapat kajian mendapati bahwa asid lemak tersebut bertindak untuk menyokong kesihatan dan fungsi otak, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan simptom kemurungan yang dihidapi pesakit. Untuk pengetahuan semua, 80% daripada otak adalah terdiri daripada asid lemak. Asid lemak ini mempunyai peranan kritikal untuk memastikan kelancaran fungsi otak. Hal ini dibuktikan oleh kajian jurnal yang dibuat oleh Kajian Jurnal Psikiatri British. Menerangkan tentang kajian tersebut.

3. Avocado

Avokado dapat membantu meningkatkan hormon serotonin. Hal ini kerana, avakado mempunyai lemak sihat sebagai makanan otak dan pembantutanya dapat berfikir lebih tajam. Anggaran 75% daripada lemak avokado adalah daripada lemak tak tepu ianya adalah dalam bentuk asid oleik. Walau bagaimana pun, avakado juga mempunyai pelbagai protein contohnya vitamin K, kumpulan vitamin B, C, dan E. Untuk pengetahuan juga avokado mengandungi serat yang tinggi, sesuai bagi mereka yang sedang diet.

4. Tomato

Tomato dikatakan bahawa dapat mengawal kemurungan. Tomato mengandungi asid folik dan asid alfa lipoik yang sangat tinngi. Beberapa kajian menunjukkan bahawa selain kekurangan hormon serotonin, kekurangan folat dalam badan juga boleh menyumbang kepada masalah kemurungan. Fungsi asid folik untuk pensakit adalah ia boleh mengelak kandungan asid amino dan homosistin yang berlebihan akan menyekat penghasilan serotinin. Seterusnya, asid alfa lipoik dalam tomato pula menyalurkan zat ke otak manusia. Hal ini dapat membantu tubuh badan menukar glukos kepada tenaga, oleh itu ia membantu menstabilkan mood

5. Buah Beri

Tahukah anda 4 jenis buah beri kaya dengan antioksidan yang baik untuk mengurangkan masalah keradangan. 4 jenis buah beri tersebut adalah blueberry, rasberry, strawberry dan blackberry. Kumpulan buah beri yang disenaraikan tadi adalah umpama pemulih DNS, ia mampu memperbaiki sel dan dapat menguatkan ketahanan tubuh badan manusia. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa pesakit yang dirawat selam dua tahun dengan antioksidan daripadah buah beri tersebut didapati kumurungan yang dihadapi berkurangan.

6. Bawang

Seperti yang kita tahu bawang mempunyai banyak khasiat dan faedahnya. Tumbuhan dalam kumpulan bawang seperti bawang putih, bawang merah, bawang besar dan juga daun bawang yang dimakan secara konsisten mampu menjaga kesihatan perut. Tumbuhan bawang yang dinyatakan tersebut kaya dengan flavonoid. Flavonoid bersifat antikeradangan dan secara tidak langsung membantuk untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan juga minda.

 

tags: |