Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bergenang Air Mata Lihat Atuk Yang Sudah Berusia Ini Masih Kuat Buat Grab Untuk Sara Hidup

Bergenang Air Mata Lihat Atuk Yang Sudah Berusia Ini Masih Kuat Buat Grab Untuk Sara Hidup

Kategori:
atuk 68 tahun masih kuat buat grab

Sosok ayah atau atuk ini seringkali membuatkan jiwa-jiwa yang lembut tersentuh. Lebih-lebih lagi apabila melihat mereka masih gigih bekerja walaupun pada usia tersebut mereka sepatutnya berehat. Namun demi meneruskan kelangsungan hidup, ada di antara mereka ini tetap gigih bekerja lagi.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Ashraf Danny di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang atuk yang masih kuat bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood.

Melihat keadaan lelaki yang berusia 68 tahun ini memang bergenang air mata. Mana tidaknya, badan sudah bongkok namun semangatnya tidak pernah hilang.

Menurut Ashraf, atuk ini dahulunya seorang pemandu lori dan kini dia terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan bagi menyara kehidupannya.

@danielashraffffffff

kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih

♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun PakarTilam Handmade

@danielashraf1370kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 ##fyp ##fypシ ##fypdongggggggg ##sedih

♬ original sound – BrassicaOlerasia91

Ekoran video yang menyentuh perasaan ini, ramai warga TikTok berasa sedih melihat apa yang dilakukan olehnya ini disamping mendoakannya agar dimurahkan rezeki selalu.

Pakai kemas je..

Malah ada juga yang mengajak orang ramai untuk bersama-sama memberi bantuan kepada lelaki tua ini. Di samping itu, ada juga meminta agar anak muda menjadikanya sebagai inspirasi buat mereka.

Ya Allah..

Sedih bukan? Sepatutnya pada usia begini, dirumah adalah tempatnya. Berehat sambil bermain dengan cucu memandangkan sudah berpuluh-puluh tahun bekerja sebelum ini. Walaubagaimanapun, kita tidak mengetahui latar belakang kehidupannya macam mana. Mungkin ini sahaja cara yang dia boleh lakukan demi mencari sesuap nasi.

Kredit: TikTok Ashraf Danny

Baca juga: Teringat Dekat Arwah Atuk, Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cekur Kesukaannya.

tags: | |