Setiap orang mesti mempunyai hidangan yang mengingatkan pada ahli keluarga yang terdekat, kan? Lagi-lagi jika ianya merupakan hidangan kegemaran mereka, terus terbayangkan wajah mereka bila kita menikmati masakan tersebut.
Lebih-lebih lagi bila mereka sudah tiada, hati rasa tersentuh sahaja bila menjamah hidangan kesukaan mereka. Itulah apa yang dirasai oleh Nurul Ema apabila memasak hidangan kesukaan arwah datuknya, ikan pari masak lemak cekur yang sangat enak.
Nak tahu cara untuk menyediakannya? Jom baca perkongsian resepi ikan pari masak lemak cekur yang menjadi kesukaan datuk tersayangnya.
Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cekur
Bahan-Bahan
Bahan Tumbuk
- Bawang besar
- Bawang putih
- Sedikit belacan
- Ubi cekur
- Cili api
Bahan Lain
- Asam keping
- Santan kotak kecil
- Serbuk lada hitam
- Garam
- Gula
- Air
Bahan Dihiris
- Daun cekur
- Daun limau purut
- Daun kunyit
Cara Penyediaan
- Lumurkan ikan keli dengan garam dan serbuk kunyit. Bakarkan sehingga 3/4 masak dan ketepikan.
- Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing.
- Kemudian, tambahkan air, santan, asam keping, serbuk lada hitam. Apabila sudah mendidih, tambahkan gula dan garam mengikut citarasa. Perlahankan api.
- Tambahkan ikan bakar tadi, hirisan daun dan adjust air dan kepekatan. Masak dengan api yang perlahan supaya santan tidak pecah. Siap untuk dihidang.
Nampak mudah sahaja untuk menyediakan hidangan ini, kan? Anda juga boleh menggunakan ikan keli atau ikan kembung jika tidak mempunyai ikan pari dalam peti ais.
Bagi anda yang minat dengan lauk kampung-kampung, boleh lah cuba resepi ikan pari masak lemak cekur ini. Rasa terliur sangat bila tengok gambarnya.
Kredit: Nurul Ema