Seorang ayah sanggup melakukan apa saja untuk anak mereka, terutama sekali anak perempuan. Kerana kita tahu, mereka menganggap anak perempuan seorang yang lemah lembut dan perlu dijaga sepenuh hati.
Kebiasaan anak perempuan suka meminta barang-barang yang cantik kerana kena dengan jiwa mereka. Kisah abang ini menarik perhatian ramai netizen bahawa anak perempuannya memesan air yang mahal berbanding harg air yang dipesannya.
Video tersebut dikongsi oleh farish_isa mengatakan air beliau hanya berharga RM1.50, tetapi air anaknya mencapai air yang dianggap harga kayangan yang berjumlah RM15.90. Reaksi abang tersebut bersama isterinya kelihatan terkejut kerana harga air yang semahal itu.
Di ruangan keterengan video juga, dia ada berkongsi mengatakan bahawa dia baru sudah menjual helmet dan mendapat untung sebanyak RM30. Tapi apakan daya, kerana ingin mengikut kehendak anaknya. Abang ini sanggup memesan air kayangan atau nama “Strawberry Kiss I Love You” berharga RM15.90.
“Bapaknye minum teh o panas je, yang tu 15 hengget Mat” kata ayah kepada anaknya yang sedang menikmati air kayangan tersebut.
Celoteh yang dikongsikan abang ini telah menarik perhatian ramai netizen untuk berkongsi pandangan di ruangan komen. Ada sesetengah netizen mengatakan supaya abang ini sabar kerana sifat seorang anak perempuan memang begini.
@farish_isa Baru dapat orang beli helmet sebijik tadi RM30 untung. Dia boleh order Strawberry Kiss i loveyou ice blend RM16 pulak . 😒🔥 mmm. Tengoklah muka gembira dia dapat air tu. Geram je aku. #fyp #viral #foryourpage
@farish_isaBaru dapat orang beli helmet sebijik tadi RM30 untung. Dia boleh order Strawberry Kiss i loveyou ice blend RM16 pulak . 😒🔥 mmm. Tengoklah muka gembira dia dapat air tu. Geram je aku. #fyp #viral #foryourpage♬ River Flows in You – Yiruma
“Bukan minum sangat pun, dia cuma nak sedap mata memandang je sebab cantik” kata Haikal.
“Aku pernah bang kerja partime 12 jam dapat 100, sekali anak balik nak McD terus habis bang..” luah seorang bapa yang sama senasib dengan abang ini.
“Apa yang kita ada sekarang tu sebenarnya hanya menumpang rezeki dari anak-anak. Semoga murah rezeki bang. Pengorbanan seorang ayah sangat besar”, nasihat daripada netizen yang bernama Oppa tersakiti.
Melihat di ruangan komen, kita dapat saksikan bahawa netizen tercuit hati dengan cerita yang dikongsikan oleh abang ini. Begitulah kehidupan seorang bapa, menjadi kewajipan untuk memenuhi semua impian anak anak mereka.
Sebagai seorang anak, wajarlah untuk kita membalas jasa mereka kelak kerana mereka sanggup bergadai nyawa untuk anak anak mereka sendiri.
Semoga Allah permudahkan semua urusan ibu bapa di dunia ini.
Sumber: farish_isa
Baca juga: Cikgu Rasa Macam Nak Nangis, Terharu Terima Hadiah Istimewa Dari Salah Seorang Murid Pada Hari Guru