Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak sememangnya tidak akan putus hingga ke akhir hayat dan sampai bila-bila. Ia adalah ikatan yang luhur serta murni dan bukan mudah untuk diungkap dengan kata-kata. Lagi-lagi kasih sayang ayah yang selalu disifatkan sebagai sosok tegas, selalu meluahkan sayang mereka dengan cara lain.
Misalnya, dengan perbuatan membawa keluarga makan di luar merupakan hal yang bermakna buat anak-anak. Kebiasaannya, mereka tidak mengucapkan ‘ayah sayang kamu’ secara terus, tetapi dengan perbuatannya yang ikhlas, kita dapat merasakan ada kasih sayang yang mengalir di situ.
Seperti satu video yang tular di laman TikTok baru-baru ini, seorang pengguna telah berkongsi satu kisah yang berlaku di hadapan matanya ketika berkunjung ke restoran McDonald’s untuk makan. Ia merupakan satu kisah yang menyentuh hati apabila dia memaparkan seorang ayah sedang suap anak anak perempuannya dengan mainan syiling dan mereka dilihat amat menikmati waktu itu bersama.
Walaupun makan dengan hidangan sederhana, momen mereka begitu mahal dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit kerana bukan semua orang berduit mampu memiliki saat seperti itu. Gelak tawa mereka adalah suatu kekayaan yang tiada tandingan.
@user7900850575428🥹♬ scott street – favsoundds
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen sebak dan terharu melihat gelagat ayah guna duit syiling main suap-suap dengan anak perempuan tersebut. Kata mereka, ia mengimbau balik kenangan bersama ayah dan ada juga yang terkenangkan ayah yang sudah lama pergi menghadap Tuhan yang Esa.
“Aku lemah kalau tentang ayah,” kata seorang netizen di ruangan komen tentang kisah ayah main suap-suap dengan anak perempuan tersebut.
“Benda simple je, tapi tak semua dapat rasa kan,” luah netizen lain dengan nama Suha.
“Aku janji bila aku ada anak nanti aku akan layan dorang semua macam di dari kecil hingga ke besar. Aku janji,” komen seorang netizen bernama Anas meluahkan apa yang dirasa selepas melihat video ayah main suap-suap dengan anak perempuan tersebut.
Semoga semua ayah di luar sana tabah dan cekal dalam menanggung dan mengahadapi kehidupan bergelar seorang ayah. Dan semoga anak-anak juga mendapat kasih sayang selayaknya buat mereka. Semoga dunia dan semua baik-baik sahaja.
Sumber: Yuliaaaa