Sebagai seorang anak yang soleh, semestinya kita mahu ibu bapa berehat di rumah pada usia tua. Namun, mungkin kerana bosan, ada sahaja yang ingin dilakukan bagi mengisi waktu lapang. Lebih-lebih lagi jika anak-anak dan cucu-cucu sudah besar, mereka akan mencari hobi baru untuk menghilangkan rasa bosan.
Antara hobi yang sangat digemari oleh mereka adalah menanam sayur-sayuran di laman rumah. Bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak dirumah, malah hasil tanaman itu dapat juga dijual bagi mencari rezeki sampingan. Namun, apa perasaan anda jika jualan ibu bapa anda itu tidak menerima sambutan yang baik? Pasti akan sedih.
Di laman TikTok, seorang pengguna, ctyzuraimahsharip, memuat naik sebuah video dan meluahkan rasa kecewa apabila hasil tanaman yang dijual oleh ayahnya tidak mendapat sambutan.
Menurutnya, sayur-sayuran yang berada di kedai kecil mereka adalah hasil tanaman ayahnya sendiri dan dijual dengan harga yang sangat murah, lagi berpatutan dari yang dijual di mana-mana kedai dan pasaraya, namun jualan mereka tidak laku langsung.
@ctyzuraimahsharip Ayah tanam ayah jual murah2 tp tu pun tak laku lngsung😭
@ctyzuraimahsharipAyah tanam ayah jual murah2 tp tu pun tak laku lngsung😭♬ Ya Allah – Wali
Malah, mereka juga perasan bahawa ayah wanita itu menjual sayur yang sukar ditemui iaitu kacang pangjang berwarna ungu. Lebih rangup dari kacang pangjang biasa, sayur itu sukar ditemui di mana-mana pasaraya.
Warganet bersimpati dengan nasib ayah wanita itu. Malah, mereka turut memberi beberapa cadangan yang mereka boleh cuba supaya jualan mereka lebih laku.
Anak mana sahaja yang tidak akan berasa sebak apabila melihat ayah penat tanam sayur untuk dijual tapi tidak laku langsung, kan? Mungkin tersalah cara, jika meniaga pasti ada cabaran. Tak mengapa, perbaiki kelemahan dan cuba ikhtihar dahulu dengan cara lain.
Kredit: TikTok ctyzuraimahsharip