Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Viral Video Ayah Pening Tengok Anak Suka Makan Nasi Kosong Tanpa Lauk, Siap Minta Tambah Pula Tu..

Viral Video Ayah Pening Tengok Anak Suka Makan Nasi Kosong Tanpa Lauk, Siap Minta Tambah Pula Tu..

Kategori:
anak suka makan nasi kosong

Ada orang yang tak boleh makan nasi tanpa lauk. Kalau boleh perlukan set lengkap seperti lauk, kuah nasi barulah boleh makan.

Tetapi lain dengan perangai anak-anak kepada sepasang suami isteri yang tular di media sosial TikTok baru-baru ini.

Viral Video Ayah Pening Tengok Anak Suka Makan Nasi Kosong Tanpa Lauk, Siap Minta Tambah Pula Tu..

Video yang tular itu menunjukkan bahawa bapanya yang kelihatan pening kepala melihat gelagat dan perangai anak-anak yang hanya makan nasi kosong dan ada yang hanya berlaukkan telur walaupun banyak lauk lain yang dihidang.anak suka makan nasi kosong

Menerusi video yang dikongsi oleh @attyrasaari, kelihatan gadis itu sedang beraya di rumah orang bersama keluarganya.

Susulan video tular, ia mendapat sehingga 3.9 juta tontonan dan 199.8 ribu tanda suka setakat ini.anak suka makan nasi kosong

@attyrasaariSiap mintak tambah 🤣♬ original sound – Attyra Saari

Pelbagai reaksi dari diberikan dan dikongsi oleh netizen di ruangan komen.

“Mungkin dia dah terbiasa makan macam tu sejak hidup susah senang dengan parents dia dulu. Teringat dulu dia adalah saksi jatuh bangun parents dia dulu,” komen netizen bernama Cuna video tular ayah pening tengok anak suka makan nasi kosong itu.

“Saya pernah jumpa orang yang makan nasi kosong je. Kita kesian tengok dia makan takda lauk, tapi dia pulak takleh makan kalau nasi dengan lauk,” tulis netizen dengan nama Dzwni.

“Macam anak aku, gi kedai makan nasi putih je. Taknak kuah. Tak suka ayam. Taknak telur. Orang pandang macam aku ni mak yang kejam ya,” tulis Nanadyana di video tular ayah pening tengok anak suka makan nasi kosong itu.

Mungkin Dia Dah Biasa Makan Macam Tu…anak suka makan nasi kosong

Min pun suka makan nasi kosong. Ada manis-manis glukosa dari nasi pun dah ngam. Lain orang lain cara makan dia kan. Takpa, asal sihat-sihat semuanya.

Sumber: attyrasaari

Baca juga: “Anak-Anak Macam Ni Cerdik!” – Seorang Ibu Tabah Layan Karenah Si Anak Kecil, Bukti Pengorbanan Ibu Sangat Besar

tags: | |