Ayam sering digunakan dalam pelbagai masakan. Ini kerana ianya sangat mudah didapati dan lebih murah berbanding ikan dan daging. Selain itu, ayam juga sangat mudah untuk dimasak dengan pelbagai resepi. Bila ke pasar, memang wajib beli ayam!
Tapi, anda pernah tak terkena bila beli ayam? Walaupun nampak segar di pasar, tapi bila balik saja, dah ada bau yang kurang elok. Tak pun, jika lambat dibasuh, ayam itu pun dah mula ada bau yang kurang menyenangkan. Rasa sangat kecewa, kan?
Tak perlu buang ayam, masalah itu boleh saja diselesaikan dengan menggunakan cuka! Tak percaya? Boleh cuba sendiri perkongsian petua ini dari Lia Yob Ibrahim di Facebook. Jom lihat perkongsian penuh olehnya.
Bukan saja bau busuk pada ayam itu akan hilang, tapi lemak yang degil pun akan mudah untuk dibuang bila amalkan petua ini. Ayam pun nampak bersih dan segar. Selepas cuci boleh lah simpan dalam peti ais seperti biasa atau masak.
Jangan lupa untuk cuba petua ini nanti. Semoga bermanfaat.
Kredit: Lia Yob Ibrahim
Baca Juga: Rahsia Simpan Daun Kari Berbulan Tahan & Bau Kekal Sama Macam Baru Petik