Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Buat Ayam Goreng Ala Texas Chicken, Sangat Mudah Dan Sedap

Jom Cuba Buat Ayam Goreng Ala Texas Chicken, Sangat Mudah Dan Sedap

Kategori: ,
ayam goreng

Teringin makan ayam goreng Texas Chicken? Ayam goreng yang lazat dan rangup di luar, berjus di dalam membuatkan ramai yang tergoda. Tapi, harganya boleh tahan juga ya.

Apa kata korang cuba buat sendiri di rumah, lagi puas hati! Jom kita lihat resepi ayam goreng ala Texas Chicken perkongsian oleh Ana Farhana di Facebook.

Resepi Ayam Goreng Ala Texas Chicken

BAHAN-BAHAN

Perapan

  • 1 1/2 cawan susu freshmilk
  • 1 1/2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih (garlic powder)
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu besar garam
  • 1 ekor ayam – potong ikut suka

Tepung Saduran

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih (garlic powder)
  • 1 sudu besar serbuk bawang (onion powder)
  • 1 sudu besar rempah cayenne/Cajun
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh garam

Nota: Saya suka guna rempah jenama Hexa. Halal dan murah.

CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk perapan ayam, mula-mula kena sediakan buttermilk dulu. Campurkan susu full cream dan cuka dalam satu mangkuk. Biarkan 15 minit.
  2. Lepas 15 minit, campuran susu dan cuka akan jadi sedikit berketul dan pekat. Inilah buttermilk. Kemudian, terus masukkan paprika, serbuk bawang putih, serbuk lada putih dan garam. Gaul sehingga sebati.
  3. Selepas gaul sehingga sebati, masukkan ayam yang telah dibersihkan. Perap sekurang-kurangnya 4 jam dalam peti sejuk. Saya suka perap semalaman. Biar semua perasa meresap ke dalam ayam.
  4. Untuk tepung saduran ayam, campurkan tepung gandum, tepung jagung, paprika, serbuk bawang putih, serbuk bawang, rempah cajun, serbuk lada putih dan garam dalam satu bekas besar. Gaul sehingga sebati.
  5. Bila ayam sudah siap diperap dalam buttermilk, kita akan sadurkan ayam dengan tepung menggunakan teknik double dredged – salutkan ayam dua kali dalam buttermilk dan tepung saduran. Keluarkan ayam daripada buttermilk.
  6. Salutkan ayam dengan tepung saduran.
  7. Kemudian, celupkan ayam ke dalam bancuhan perapan buttermilk lagi sekali.
  8. Akhir sekali, sadurkan lagi sekali ke dalam tepung saduran.
  9. Ulang sampai ayam habis disadur. Kita bagi beratur dulu sebelum mula menggoreng.
  10. Panaskan kuali, goreng ayam dalam minyak terendam sampai ayam masak dan berwarna keemasan. Api jangan kuat sangat, nanti ayam cepat hangit.
  11. Toskan atas kertas tisu dan siap untuk dihidang.

Mudah je kan nak buat ayam goreng ala Texas Chicken ni? Bahan yang diperlukan pun sikit dan amat mudah untuk didapati. Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba resepi ni. Lagi jimat!

Selamat Mencuba!

Kredit foto dan resepi: Ana Farhana di Facebook 

Baca Juga: Ibu Ini Kongsi Cara Buat Ayam Goreng Ala IKEA, Rasa Sebijik Sama!

tags: | |