Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ayam Goreng Bijan

Ayam Goreng Bijan

Kategori:

Bila sebut sahaja ayam goreng, mesti kebanyakan orang suka makan samada anak-anak mahupun orang dewasa. Terdapat pelbagai cara untuk menggoreng ayam selain menggunakan kunyit yang selalu kita buat. Salah satunya adalah Ayam Goreng Bijan. Ayuh, kita intai resepinya!!

Bahan-bahan:

  • 500g isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sudu teh bijan (digoreng tanpa minyak)
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu makan air perahan lemon
  • 1 biji lada merah besar (dihiris)
  • Garam / Secukup Rasa

Cara-cara:

  1. Tumiskan halia, bawang merah dan bawang putih sehinga naik bau.
  2. Masukkan dada ayam dan garam, masakkan sehingga dada ayam berubah warna.
  3. Masukkan minyak bijan dan sos tiram, kacau rata.
  4. Masukkan air perahan lemon dan kacau rata.
  5. Kemudian masukkan lada merah besar dan bijan, kacau lagi.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Rujuk video di bawah untuk lebih details

Sumber: Ani’s Home Recipe

tags: