Hari ini resepi lauk yang simple dan sempoi je. Asyik makan ayam kicap pasti boring jugak kan. Kali ini tambah suhun dalam ayam kicap. Letak lebih banyak suhun lagi sedap dimakan pula dengan nasi panas-panas. Jom kita selongkar resepinya.

Bahan-bahan

  • Minyak
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Ayam – dipotong kecil
  • Serbuk lada campuran (lada putih)
  • Kicap manis
  • Minyak bijan
  • Air
  • Tauhu kering (yang telah direndam)
  • Sos tiram
  • Secukup rasa
  • Suhun (yang telah direndam)
  • Cili merah besar

Cara-cara

  1. Rendamkan tauhu kering  dan suhun hingga lembut.
  2. Panaskan kuali dan tuangkan minyak.
  3. Tumis bawang merah, halia, dan bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukkan ayam,serbuk lada campuran (Lada Putih) dan kicap manis. Kacau rata.
  5. Masukkan minyak bijan. Tutup sekejap.
  6. Masukkan air. Tutup sehingga ayam masak.
  7. Masukkan tauhu kering yang telah direndam. Tutup sekejap
  8. Masukkan sos tiram, secukup rasa, suhun yang telah direndam dan cili merah besar.
  9. Siap

Selamat mencuba!

Lihat video di bawah

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 30 times!)