Siapa anak-anak suka sangat makan ayam korea dari 4Fingers? Bukan setakat anak-anak, mak bapak budak pun suka. Tapi, kalau makan setiap minggu, boleh tahan mahal juga.
Kalau buat sendiri, beli ayam 1 kilogram berharga RM15 dapat 18 ketul ayam. Memang jimat! Puas hati dapat makan satu keluarga. Jom lihat resipi lengkap di bawah.
Ayam Korea Soy Garlic & Spicy Ala 4Fingers, Buat Sendiri Jimat Berganda!
Bahan-bahan perap ayam:
1 kg kepak ayam
Lada hitam
Bawang putih cincang
Bahan Salutan:
Tepung bestari original bestari (jika tiada, guna tepung gandum dan tepung jagung)
Cara-cara membuat ayam goreng:
Perap ayam bersama lada hitam dan bawang putih.
Kemudian gaul ayam dengan tepung pilihan masing-masing.
Goreng ayam separa masak. Kemudian angkat. Biarkan sejuk seketika.
Kemudian goreng semula untuk kali kedua sehingga garing.
Bahan sos spicy korea:
Minyak
Bawang putih cincang halus
Sos tiram
Sos korea adabi
Madu
Gula perang
Garam
Perahan lemon
Cara-cara:
Satukan semua bahan. Masak sehingga pekat. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam dan gaul sebati.
Sedia untuk dimakan!
Bahan sos soy garlic:
Minyak
Bawang putih cincang
Sos tiram
Madu
Kicap manis
Gula perang
Garam
Perahan lemon 2 sudu (jika suka rasa masam)
Cara-cara:
Satukan semua bahan. Masak sehingga pekat. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam dan gaul sebati.
Sedia untuk dimakan bersama nasi.
Tonton video ini untuk langkah-langkah selanjutnya: