Kali ini kami akan kongsikan resepi masakan ayam yang sangat mudah disediakan dan yang paling penting sedap iaitu Ayam Masak Halia. Kadang-kadang kita tidaklah  terlalu bersusah payah memasak masakan yang complicated untuk dihidangkan kepada keluarga. Cukup sekadar masakan yang simple tetapi special hidangan air tangan kita sendiri. Dihidangkan pula dengan nasi yang panas pasti membuka selera. Jom ikuti resepi ini!

Bahan-bahan:

  • Minyak
  • Ayam (Isi)
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Air
  • Sos Tiram
  • Tepung Jagung
  • Tomato
  • Lada Hijau & Merah
  • Lada Hitam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah dan halia yang telah dicincang sehiggga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam dan lada hitam. Kacau rata
  3. Tuangkan sedikit air untuk melembutkan ayam.
  4. Tuangkan campuran sos tiram dan air.
  5. Kemudian, tuangkan campuran tepung jagung & air dan kacau sehinggga kuah menjadi pekat.
  6. Masukkan tomato, lada hijau dan lada merah.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1 times!)