Ayam masak kicap  merupakan menu yang paling mudah untuk disediakan oleh sesiapa sahaja. Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi ini juga sangat mudah didapati dan ringkas. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Kicap Manis
  • Sos Tiram
  • Serbuk Lada Campuran (Lada Putih)
  • Lada Hitam
  • Minyak
  • 3 Ulas Bawang Putih – dihiris
  • 1 Biji Lada Merah Besar – dihiris
  • Air
  • Lobak & Kentang
  • Secukup Rasa
  • Bawang Besar

Cara-cara

  1. Gaulkan ayam dengan kicap manis, sos tiram dan serbuk lada campuran (lada putih).
  2. Tumis bawang putih dan lada merah besar.
  3. Masukkan ayam. Kemudian tambah air.
  4. Tutup kuali sehingga air mendidih dan ayam masak.
  5. Masukkan lobak & kentang.
  6. Tutup kuali sehingga lobak & kentang masak.
  7. Masukkan bawang besar. Masak seketika.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Lihat video di bawah

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 30 times!)