Ayam Masak Kung Pao adalah masakan ala Cina yang sedap. Yang pasti masakan ini halal. Cara untuk buat pun senang. Sesuai dimakan untuk makan tengah hari atau makan malam. Jom kita lihat resepi di bawah.

Bahan-bahan

  • Ayam – diambil isi
  • Tepung Jagung
  • Serbuk Lada Campuran (Lada Putih)
  • Minyak
  • Bawang Putih – dicincang halus
  • Cili Kering – digunting
  • Sos Tiram
  • Minyak Bijan
  • Kicap Manis
  • Sos Cili
  • Air
  • Gula
  • Cili Benggala Hijau & Merah
  • Kacang Gajus
  • Daun Bawang

Cara-cara

  1. Gaulkan ayam dengan tepung jagung, serbuk lada campuran (lada putih) dan secukup rasa.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam. Angkat.
  3. Tumiskan lada putih dan cili kering.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng.
  5. Masukkan sos tiram, minyak bijan, kicap manis, dan sos cili. Kacau rata.
  6. Masukkan air dan gula. Kacau lagi.
  7. Maukkan cili benggala hijau & merah, kacang gajus dan daun bawang.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 34 times!)