Ayam sering digunakan untuk membuat masakan ayam masak kurma. Selain ayam bermacam lauk seperti lembu, kambing, itik, telur, ketam dan udang boleh dijadikan bahan untuk membuat ayam masak kurma.

Ayam masak kurma sering dimakan dengan nasi minyak atau nasi tomato. Jika dihidangkan dengan nasi putihpanas-panas pun masih sedap. Campuran rempah kurma boleh dijumpai dan dijual dalam bentuk pracampuran dan dipasarkan sebagai “serbuk kurma”. Lauk masak kurma ditumis dengan rempah kisar dan santan. Jom kita jenguk resepinya.

Bahan-bahan

  • Ayam
  • 3 ulas bawang merah – dihiris*
  • 3 ulas bawang putih – dihiris*
  • 1 inci halia*
  • Kayu manis*
  • Bunga lawang*
  • Buah pelaga*
  • Rempah Kurma + Air
  • Air
  • Lobak
  • Kentang
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Secukup rasa
  • Gula
  • Asam jawa
  • Santan

Cara-cara

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga (bahan bertanda*).
  2. Masukkan rempah kurma + air.
  3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam. Kacau rata.
  5. Masukkan air.
  6. Tutup periuk. Masak sehingga mendidih dan ayam masak.
  7. Masukkan lobak dan kentang.
  8. Tutup periuk. Masak sehingga lobak dan kentang lembut.
  9. Masukkan garam, secukup rasa, air asam jawa dan santan.
  10. Tutup dan didihkan sekejap.
  11. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 5 times!)