Masak lemak cili api makanan yang boleh dikatakan makanan wajid orang nogori sembilan dengan kepedasan yang membuat semakin ingin menikmati membuatkan masakan ini menjadi lebih enak. Masak lemak cili api bukan senang untuk dihidangkan. Mungkin bila mendengar masakan ini menyebabkan kita menelan nelan air liur.

Ayuh kita belajar masak lemak cili api dengan cara mudah dan simple.

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili api
  • 4cm kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • 2 batang serai
  • 500g ayam
  • Gula dan garam secukupnya
  • 1 kotak kecil santan (200ml)
  • 1 asam keping
  • Sedikit daun kunyit

Cara-cara:

  1. Kisarkan 10biji cili api, 4 cm kunyit hidup dan satu cawan air.
  2. Masak bahan yang di kisar tadi ke atas dapur.
  3. Tambah 2 batang serai.
  4. Kemudian masukkan ayam.
  5. Tambahkan sedikit gula dan garam.
  6. Satu kotak kecil santan.
  7. Satu asam keping dan sedikit daun kunyit.
  8. Gaul sehingga masak dan sedia untuk di hidang. :>
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 23 times!)