Resepi kali ini ialah ayam masak madu. Resepi ini sangat simple dan senang untuk disediakan bagi mereka yang baru nak belajar memasak. Masakan ini sesuai dimakan dengan nasi yang panas-panas. Fuhh.. Pasti menjilat jari. Jom tengok resepi di bawah.

Bahan-bahan

  • 8 ketul ayam
  • 1 sudu teh secukup rasa
  • 1 sudu teh kunyit
  • 1 sudu makan tepung kanji / tepung jagung
  • Minyak
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 inci halia ( dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (diracip halus)
  • Kicap Manis
  • Air
  • Sos Tiram
  • Madu
  • Bijan

Cara-cara

  1. Campurkan ayam dengan secukup rasa, kunyit dan tepung kanji/ tepung jagung. Gaul rata
  2. Goreng ayam sehingga masak. Angkat
  3. Tumiskan bawang merah, halia, dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam, kicap, sedikit air, sos tiram dan madu. Kacau rata.
  5. Masukkan bijan.
  6. Siap!

Mudahkan. Selamat mencuba!

Lihat video di bawah untuk lebih keterangan.

 

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 7 times!)