Mesti ramai penggemar ayam masak merah tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Selalunya hidangan ini terdapat ketika kenduri kahwin kan. Hidangan ini juga sesuai untuk dimakan pada tengah hari, makan malam mahupun untuk sarapan. Jom kita tinjau resepinya.

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Kunyit
  • Garam
  • Minyak
  • 4 Ulas Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • Air
  • Bunga Lawang
  • Kayu Manis
  • 2 Sudu Makan Cili Boh
  • 2 Batang Serai – ditumbuk sedikit
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Gula Melaka
  • Madu
  • Secukup Rasa
  • Bawang Besar
  • Lada Merah Besar

Cara-cara

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng dalam minyak yang panas.
  3. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan kisar.
  5. Masukkan cili boh dan serai.
  6. Tumis sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan sos cili, sos tomato, gula melaka dan sedikit air. Kacau.
  8. Kemudian masukkan madu dan secukup rasa.
  9. Akhir sekali masukkan ayam, bawang besar dan lada merah besar.

Selamat mencuba!

 

Lihat video di bawah

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 10 times!)