Ayam masak tomato jarang dimasak kan. Jom sama-sama cuba resepi yang saya akan kongsikan di bawah. Boleh cuba masak untuk suami dan anak-anak tersayang. hehehe.

Bahan-bahannya:

  • Kepak Ayam
  • Garam / Secukup Rasa
  • Serbuk Kunyit
  • Tepung Jagung
  • Minyak Masak
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Bawang Besar
  • Puri Tomato
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Buah Keras (ditumbuk kasar)
  • Air – Sos Tomato
  • Gula
  • Garam / Secukup Rasa
  • Kacang Pis
  • Tomato Ceri (dipotong dua)

Cara-caranya:

  1. Gaulkan ayam bersama garam/serbuk cukup rasa, serbuk kunyit dan tepung jagung sehingga sebati. Kemudian perapkan seketika supaya bahan-bahan tersebut meresap ke dalam ayam.
  2. Selepas itu, panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap tadi sehingga masak kemudian angkat ayam yang telah digoreng itu.
  3. Untuk membuat kuahnya, panaskan sedikit minyak atau gunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi, tetapi kurangkan kuantiti minyak. Kemudian, tumiskan bawang merah, bawah putih dan bawang besar sehingga sedikit kekuningan.
  4. Masukkan tomato puri dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan tomato yang telah dipotong dadu dan masukkan buah keras yang telah ditumbuk kasar dan kacau seketika.
  5. Masukkan sedikit air dan kacau. Kemudian, masukkan sos tomato. garam dan gula secukup rasa dan kacau seketika.
  6. Akhir sekali, masukkan kacang pis, tomato ceri dan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.
  7. Dan siap ayam masak tomato untuk dihidang!

Selamat mencuba ya! ^^

Klik dibawah untuk lihat video

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 48 times!)