Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ayam Nutriplus Cecah RM40 Seekor, Wanita Ini Terkejut Lihat Harga Tersebut. Mungkin Ini Sebabnya..

Ayam Nutriplus Cecah RM40 Seekor, Wanita Ini Terkejut Lihat Harga Tersebut. Mungkin Ini Sebabnya..

Kategori:
ayam nutriplus

Semenjak akhir-akhir ini, harga barangan dapur seperti minyak masak, tepung, telur, ayam dan sebagainya semakin meningkat. Perkara itu membuat orang ramai berasa risau dan mengharapkan solusi dari pihak bertanggungjawab.

Sedar akan keresahan orang ramai, segelintir peniaga dan pembekal mengekalkan harga yang rendah bagi memudahkan urusan dan meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Namun, masih ada segelintir beberapa pembekal yang menjual ayam pada harga yang mahal atas beberapa faktor.

Ayam Nutriplus Cecah RM40 Seekor, Wanita Ini Terkejut Lihat Harga Tersebut. Mungkin Ini Sebabnya..

Mengunjungi sebuah pasaraya bagi mencari keperluan barang dapur, seorang wanita putrisitihawa27 telah melakukan satu penemuan yang sangat mengejutkan.

Ingin membeli ayam untuk disimpan dan dimasak kemudian, wanita itu melihat di bahagian peti sejuk beku dan ingin memilih seekor untuk dibeli.  ayam nutriplus

Tapi bila mengusya harga dan jenis yang ada, dia berasa terkejut apabila melihat harga seekor ayam yang dijual oleh jenama NutriPlus.  ayam nutriplus ayam nutriplus

Mencecah sehingga RM27 hingga ke RM40 lebih, harga yang mahal membuatnya berasa sangat terkilan. Malah dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, tentu tak ramai yang mampu memilikinya.

“Memang macam ni ke harga ayam?”, soalnya.

@putrisitihawa27 Memang mcm ni ke harga ayam😅 #hargaayam #ayam #jayagrocer ♬ original sound – Abe

Faktor Harga Seekor Ayam Nutriplus Boleh Cecah Sebegitu

Umum tahu bahawa ayam Nutriplus ini berbeza dari yang lain dan dibekalkan dari pembekal yang berkualiti dan melalui proses dan pemeriksaan wajib dari European Union bagi memastikan kualiti ayam terjamin.

Selain itu, cara setiap ekor yang dipakej dan disimpan juga sangat berbeza. Menggunakan teknologi refrigerated air di proses penyejukkan, ia dapat mengurangkan risiko pencemaran bersilang yang sangat membahayakan.  ayam nutriplusayam nutriplus

(Dua jenis ayam berbeza)

Tambahan jenis ayam Nutriplus ada dua jenis. Jenis yang ditemui wanita tersebut merupakan bebas dari antibiotik dan hormon. Harga jenis ayam sebegitu adalah lebih mahal dari yang lain di pasaran. Saiz dan kilogram ayam juga memainkan peranan.

Ayam Nutriplus sememangnya agak mahal tapi kualitinya terjamin. Malah kilang-kilangnya juga sangat bersih. Tapi jika anda sedang berjimat-cermat, masih banyak lagi pilihan yang ada. Jangan risau.

Kredit: putrisitihawa27

Baca Juga: Wanita Berjubah Kantoi Curi Minyak Masak Di Pasaraya, Sorok Di Bawah Tudung Untuk Elak Dikesan

tags: