Resepi yang mudah, sedap dan mesra keluarga untuk dihidangkan kepada  keluarga tersayang. Hanya perlukan beberapa bahan dan anda akan rasai sendiri Kelazatan Ayam Panggang Masak Butter Honey. Jom kita ikuti resepi di bawah!

Bahan-bahan:

  • Lada putih (1 sudu makan)
  • Kicap manis (2 sudu makan)
  • Kicap masin (1 sudu makan)
  • Bawang putih (5 ulas dihiris halus)
  • Sos tiram (2 sudu makan)
  • Madu (2 sudu makan)
  • Minyak bijan (1 sudu makan)
  • 10 ketul sayap ayam
  • Butter ( 3 sudu makan)

Cara Memasak:

  1. Campurkan ayam dengan kesemua bahan-bahan.Gaul sebati.
  2. Letakkan ayam di loyang oven.
  3. Kemudian, letakkan butter di atas ayam.
  4. Perapkan ayam selama 20 minit.
  5. Sementara menunggu, panaskan oven 250 darjah celsius.
  6. Masukkan ayam ke dalam oven da setkan masa selama 1 jam
  7. Terbalikkan ayam setelah ayam separa masak
  8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sebagai rujukan boleh tengok video di bawah.

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 2 times!)