Mencari kelainan dalam memasak ayam? Anda boleh mencuba resepi ini dalam mempelbagaikan masakan anda yang berasaskan ayam. Bahan-bahan yang digunakan adalah mudah untuk diperolehi dan harga berpatutan. Berikut adalah resepi Ayam sumbat versi Dahlia’s Kitchen.
Resepi Ayam Sumbat versi Dahlia’s Kitchen
Bahan-Bahan untuk Memerap Ayam (A):
- 6-8 Ulas Bawang Putih
- 1 Inci Halia
- 8 Ulas Bawang Merah atau ( 2-3 Biji Bawang Besar )
Bahan-Bahan Memerap Ayam ( B ):
- 1 Ekor Ayam
- 1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
- 1 Sudu Besar Serbuk Jintan Manis
- 1 Sudu Besar Serbuk Jintan Putih
- 1 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
- 1 Sudu Besar Serbuk Kunyit
- 1 Sudu Teh Garam
- 2 Sudu Besar Madu
BAHAN2 UNTUK DISUMBAT:
- 3 Helai Daun LImau purut ( dihiris halus)
- Sepohon Daun Ketumbar ( dihiris halus)
- Setengah Kilo Kentang ( direbus dan dilenyet-lenyetkan)
- 4 Sudu Besar Mayonese
- 2 Sudu Besar Kismis
- 3 Keping Nenas Dalam Tin ( dipotong kiub)
- 5 Sudu Besar Air Nenas
Cara-cara:
- Satukan bahan A dan bahan B. Campur sebati.
- Kemudian, lumur campuran bahan-bahan tadi pada ayam. Perap ayam.
- Lenyek kentang, masukkan mayonese, daun ketumbar, daun limau, kismis, serta nenas dalam tin bersama air nenas sekali. Gaul sebati. Masukkan kedalam piping bag.
- Masukkan bahan sumbat tadi kedalam ayam. Selebihnya lumur kentang pada ayam.
- Bakar dalam oven selama 70 minit pada suhu 220C. Sedia untuk dihidangkan.
Cara-cara memasak sila rujuk pada Tutorial Video
Kredit: Dahlia’s Kitchen